Berita Harian

Alunan gesekan biola bawa Basri ke zaman muda

-

Daro: Nama Basri Rajaie, 72, mungkin tidak dikenali penggiat muzik tradisi tanah air namun di Sarawak, anak jati kelahiran Kampung Pangtray ini cukup disegani sebagai penyambung legasi kemasyhura­n biola. Pada zaman kegemilang­annya, bukan sedikit yang terpesona dengan kehebatan Basri.

Datuk kepada 15 cucu ini pernah menjelajah ke serata tempat sehingga mengharumk­an nama Sarawak di Brunei Darussalam.

“Apabila terpandang biola, saya akan terkenang zaman muda-muda dulu dan setiap kali menggesekn­ya pula, alunan irama biola itu seolah-olah membawa saya kembali ke zaman itu. Indahnya hanya Tuhan yang tahu,” katanya.

Basri berkata, populariti acara bergendang dan bermukun dalam kalangan anak muda pada tahun 1960-an menarik minatnya untuk mempelajar­i biola.

“Zaman remaja saya tidak banyak hiburan lain dan kebetulan pula, gendang Melayu memang diminati ramai. Saya bernasib baik kerana berpeluang berguru dengan Pak Mat Bakar. Walaupun beliau cukup popular ketika itu, beliau tidak lokek ilmu malah sentiasa mendidik saya untuk belajar bermain biola dengan betul,” katanya.

Bakat dihargai

Beliau berkata, sejak dahulu lagi, beliau mengakui jiwanya terhadap biola seperti tidak dapat dipisahkan, terutama apabila bakatnya dihargai dan berpeluang mempersemb­ahkan kemerduan alunan muzik itu di hadapan khalayak ramai.

“Sebagai insan seni, saya juga bangga dapat mempersemb­ahkan keunikan pelbagai jenis lagu pantun lama yang beridentit­i Sarawak. Antara lagu yang cukup popular ketika itu ialah Irama Shamsudin, Seri Sarawak, Cinta Berahi, Hidung

Anak dan Laila Majnun.

“Di mana ada jemputan, di situlah saya akan bermain biola. Soal bayaran tolak tepi. Kerana itulah, saya tidak boleh duduk diam. Jika ada masa terluang, saya pasti akan menggesekn­ya,” katanya yang sudah lebih 30 tahun menggesek alat muzik berkenaan.

Generasi hari ini mungkin beranggapa­n menggesek biola hanya biasa, namun bagi insan seperti Basri, seni itu bukan sekadar hiburan tetapi harta amat bernilai menyimpan nostalgia yang tidak mungkin dapat dilupakan hingga ke akhir hayat.

Pernah dijemput RTM

Selain pernah menerima bayaran Ringgit Brunei (BND) 1,800, beliau kerap memenuhi undangan bermain biola untuk rancangan bergendang Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan mengadakan persembaha­n dalam pesta keramaian di bahagian Mukah.

Bagaimanap­un, semua itu sudah berlalu dan kini hanya tinggal kenangan. Hari ini, beliau tidak lagi menerima undangan sekerap dulu, malah berasa cukup sedih apabila bakat seninya semakin dilupakan.

 ?? [FOTO KHALID LATIP/BH] ?? Basri cukup disegani sebagai penyambung legasi kemasyhura­n biola.
[FOTO KHALID LATIP/BH] Basri cukup disegani sebagai penyambung legasi kemasyhura­n biola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia