Berita Harian

Waris boleh tuntut mayat dalam dua minggu

-

Kuala Lumpur: Polis hanya memberikan tempoh dua minggu kepada waris mendiang Kim Jongnam untuk tampil menuntut mayat mangsa yang mati dibunuh pada 13 Februari lalu.

Sehingga semalam, mayat Jongnam, warga Korea Utara masih disimpan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata proses pengecaman mayat perlu dilakukan oleh ahli keluarga terdekat bagi tujuan pengesahan sebelum mayat itu boleh dibawa keluar.

Bagaimanap­un, katanya sehingga kini belum ada sesiapa dalam kalangan ahli keluarga mahu pun saudara terdekat dengan mangsa yang tampil berbuat demikian.

“Ahli keluarga (mangsa) perlu tampil dan memberikan bukti saintifik( asid d e ok siri bon ukleik) DNA untuk mengesahka­n dan meyakinkan polis bahawa mangsa mempunyai pertalian dengan mereka sebelum mayat boleh dituntut.

Belum jumpa ahli keluarga

“Setakat hari ini (semalam), polis belum jumpa ahli keluarga dan masih berusaha untuk mendapatka­n mereka bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Katanya, bedah siasat ke atas mayat Jong-nam selesai dijalankan pada 15 februari lalu, namun punca kematian dan jenis racun yang digunakan suspek dalam kejadian itu masih dalam siasatan dan menunggu laporan toksikolog­i daripada Jabatan Kimia selain, laporan patologi daripada Unit Forensik.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, kes itu disiasat sebagai kes bunuh justeru, siasatan polis hanya memfokuska­n untuk mencari bukti dan kebenaran seterusnya membawa pesalah ke muka pengadilan.

“Kami (polis) tidak berminat dengan isu membabitka­n politik kerana kami berminat (untuk siasat) kenapa mereka (suspek) buat jenayah di negara kita (Malaysia).

“Siasatan kita adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di negara ini. Kami tak kisah pandangan negara lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia