Berita Harian

Restoran Korea Utara arah pelanggan elak premis

Amaran seolah-olah tahu insiden bagaikan Perang Dingin

-

Satu-satunya restoran Korea Utara di Malaysia ditutup sejak berita pembunuhan abang pemimpin negara itu, Kim Jong Un tersebar meluas dan pengawal premis terbabit dilihat mengarahka­n pelanggan supaya tidak mengunjung­inya.

Restoran Pyongyang Koryo adalah simbol paling jelas kira-kira 1,000 komuniti warga Korea Utara di Malaysia, ia sering dikunjungi golongan elit perniagaan selain pekerja biasa yang kini mungkin sudah mengetahui pembunuhan ala Perang Dingin ke atas Kim Jong-nam.

Beberapa pelayan di restoran yang mempunyai berpuluh-puluh rangkaian di seluruh dunia itu memakai pakaian tradisi dan menghiburk­an pengunjung dengan nyanyian dan tarian, beroperasi di sebuah bangunan di kawasan kediaman di Kuala Lumpur.

Walaupun ia dibuka kepada penduduk setempat, beberapa jiran berkata, pekerja wanita muda jarang berhubung dengan dunia luar kerana mereka dihantar pergi dan pulang dari tempat penginapan.

“Saya pernah nampak wanita terbabit diambil dari kawasan restoran ini dan mereka tidak pernah berjalan ke sini atau bercakap kepada sesiapa,” kata seorang pengusaha bengkel kereta yang berkongsi laluan belakang dengan restoran itu, Jack Liew.

“Apabila saya cuba melihat kawasan belakang mereka, pintunya ditutup dengan pelindung dan sukar untuk nampak apa-apa,” katanya kepada AFP.

Tak pernah berkomunik­asi

Penduduk turut menyatakan perkara sama, mereka pernah melihat pekerja Korea Utara tetapi tidak pernah bercakap dengan mereka dan ada yang menyifatka­n pelayan wanita restoran itu sebagai ‘amat cantik’.

Seorang warga Korea Selatan yang mempengeru­sikan Majlis Penasihat Penyatuan Kebangsaan yang disokong Seoul, Alex Hwang berkata selain pekerja, pelanggan yang terdiri daripada golongan elit perniagaan tahu mengenai berita pembunuhan terbabit.

Hwang mengusahak­an sebuah restoran mewah di ibu negara berkata, restoran itu popular dalam kalangan warga Korea Utara, termasuk Jong-nam yang terbunuh akibat diracun di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Kepentinga­n perniagaan mereka termasuk firma animasi komputer, pengilanga­n dan beberapa aktiviti pasaran gelap, katanya kepada AFP.

“Kebanyakan daripada mereka memakai jam Rolex, memandu ke- reta mewah dan sekurang-kurangnya ada satu gajet elektronik seperti ahli perniagaan lain,” katanya Hwang merujuk kepada kira-kira 250 orang ahli perniagaan Korea Utara.

Namun mereka akan berfikir dua kali sebelum berkongsi berita pembunuhan itu dengan keluarga atau rakan apabila berada di tanah air.

Setiap keluarga Korea Utara yang tinggal di luar negara perlu melapor diri ke kedutaan tempatan setiap bulan untuk taklimat dan mereka melalui proses ‘pendidikan semula’ sebelum dibenarkan kembali bercampur dengan masyarakat, katanya.

 ??  ?? Pengawal keselamata­n dilihat mengawal Restoran Pyongyang Koryo yang ditutup di Kuala Lumpur, kelmarin.
Pengawal keselamata­n dilihat mengawal Restoran Pyongyang Koryo yang ditutup di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia