Berita Harian

Lelaki Vietnam dakwa adik perempuan ditahan

-

Hanoi: Seorang lelaki Vietnam, mendakwa dia percaya adik perempuann­ya adalah seorang daripada suspek ditahan pihak berkuasa Malaysia kerana terbabit dalam pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Kim Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), dipercayai diracun dengan sejenis bahan kimia dan susulan itu, polis menahan seorang wanita yang menggunaka­n dokumen perjalanan Vietnam.

Pihak berkuasa Vietnam berkata mereka masih menyiasat kebenaran dakwaan lelaki itu dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia.

Lelaki berkenaan yang dikenali Joseph Doan mengesahka­n bahawa adik perempuann­ya dikenali sebagai Doan Tho Huong adalah salah seorang suspek.

Dia dilahirkan pada 1988 di wilayah Nam Dinh di tenggara Hanoi. Semua maklumat diberikan Joseph itu bertepatan dengan maklumat diberikan pihak berkuasa Malaysia.

Tahu melalui internet

“Kami hanya mengetahui kejadian ini melalui internet dan berdasarka­n gambar diberikan, ia kelihatan seperti adik saya. Saya tak boleh mengesahka­nnya 100 peratus kerana saya belum berjumpa dengannya lagi,” katanya ketika ditemui di Nam Dinh.

Doan, seorang pesawah berkata, gambar adiknya tertera dalam imej yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA 2, berpakaian kemeja-t putih dengan logo LOL di bahagian depan baju.

Katanya, adik perempuann­ya itu meninggalk­an kampung mereka pada usia 18 tahun dan hanya pulang sesekali tanpa memberitah­u lokasi sebenar kediaman baharunya.

“Apabila dia pulang, saya hanya boleh memberitah­unya untuk belajar dan bekerja bersungguh- sungguh ,” katanya.

Kami hanya mengetahui kejadian ini melalui internet dan berdasarka­n gambar diberikan, ia kelihatan seperti adik saya. Saya tak boleh mengesahka­nnya 100 peratus kerana saya belum berjumpa dengannya lagi” Joseph Doan

 ??  ?? Joseph Doan
Joseph Doan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia