Berita Harian

Remaja berbasikal pamer aksi bahaya

Kumpulan beri alasan lepaskan tekanan, tak endahnahas korbankan 8remaja

- Oleh Norzamira Che Noh dan Farah Suhaidah Othman

Tragedi meragut nyawa lapan remaja berbasikal ketika berhimpun pada awal pagi di atas jalan raya di Johor Bahru awal pagi kelmarin, bagaikan tidak memberi pengajaran kepada golongan berkenaan.

Walaupun kumpulan remaja berbasikal kelihatan menyepi di Johor Bahru ketika tinjauan malam kelmarin, beberapa lokasi lain seperti Shah Alam dan Ipoh, sejak petang kelmarin hingga malam tadi, keadaan tidak banyak berubah.

Di Shah Alam, kumpulan kanak-kanak dan remaja ditemui melakukan pelbagai aksi berbahaya menggunaka­n basikal yang sudah diubah suai, tanpa menghirauk­an keselamata­n pengguna jalan raya lain.

Aksi kumpulan terbabit juga sempat dirakamkan seorang pengguna jalan raya, Nor Azian Sharfador Khan, 43, di Seksyen 17, kirakira jam 4 petang semalam.

Nor Azian mendakwa, sering terserempa­k kumpulan remaja terbabit melakukan aksi berbahaya terutama ketika hujung minggu dan musim cuti.

“Melihat pelbagai aksi bahaya yang dilakukan, ternyata tragedi di Johor Bahru, tidak menjadi pengajaran kepada mereka.

“Pihak berkuasa perlu bertindak dengan tidak membiarkan kanakkanak dan remaja ini berterusan melakukan perkara membahayak­an diri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Kumpulan berpeleser­an

Kumpulan remaja berbasikal yang ditemui berpeleser­an di Ipoh, mengakui tidak serik dengan kejadian yang hampir meragut nyawa sendiri apabila terjatuh di tengah jalan ketika melakukan aksi ‘Superman’ kerana pengalaman itu dianggap suatu keseronoka­n.

Remaja berbasikal yang sudah tercicir persekolah­an, Mohd Azim Hussein, 15, berkata aktiviti seumpama itu menjadi cara mereka melepaskan tekanan dan bertemu rakan yang turut berkongsi minat sama.

Dia yang bekerja sebagai pencuci pinggan bagi mendapatka­n wang saku untuk memenuhi hobi itu, berkata antara lokasi menjadi tumpuan mereka di sekitar Ipoh termasukla­h Dataran Majlis Bandaraya (MBI), Chepor dan Taman Cempaka.

Azim berkata, dia pernah ditimpa kemalangan ketika melakukan aksi Superman ketika bersama empat rakan berbasikal dari Ipoh ke Chepor.

“Sebaik tiba di Meru berhampira­n Terminal Amanjaya, saya melakukan aksi ‘Superman’ bersama rakan tetapi basikal kami kemudian berlanggar sesama sendiri. Akibatnya, kami berdua terjatuh di tengah jalan raya.

“Sebuah kereta yang kebetulan lalu di laluan sama hampir merempuh rakan saya tetapi nasib baik pemandunya sempat berhenti,” katanya ketika ditemui di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, malam kelmarin.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Sekumpulan remaja dirakam menunggang basikal berpeleser­an di sekitar Bandaraya Ipoh.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Sekumpulan remaja dirakam menunggang basikal berpeleser­an di sekitar Bandaraya Ipoh.
 ??  ?? Seorang remaja dirakam menunggang basikal dengan aksi berbahaya tanpa menghirauk­an keselamata­n diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Seorang remaja dirakam menunggang basikal dengan aksi berbahaya tanpa menghirauk­an keselamata­n diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia