Berita Harian

Penunggang kena patuhi peraturan di jalan raya

JPJ tidak berhasrat larang aktiviti, minta patuhi arahan keselamata­n

- Oleh Nadia Hamid dan Fahmy Azril Rosli

Semua aktiviti berbasikal, sebenarnya tidak boleh menggunaka­n jalan raya atau lebuh raya, yang bercampur dengan kenderaan enjin berdaftar, bagi mengelak berlaku risiko kemalangan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Sri Nadzri Siron, berkata namun ketika ini, pihaknya tidak berhasrat melarang sama sekali aktiviti berbasikal di laluan berkenaan tetapi mesti mematuhi arahan keselamata­n pihak berkuasa.

Beliau berkata, selain jalan raya dan lebuh raya, laluan motosikal juga tidak sesuai digunakan untuk aktiviti berbasikal.

“Aktiviti itu (berbasikal) mungkin lebih sesuai sekitar taman perumahan atau taman rekreasi, yang aliran trafik tidak terlalu sibuk, selain had kelajuan kenderaan di kawasan terbabit tidak terlalu laju.

Penunggang perlu peka

“Boleh berbasikal di laluan berkenaan (jalan raya dan lebuh raya), tetapi kena peka dan patuhi kepada peraturan. Memang kita belum ada garis panduan rasmi untuk berbasikal, tetapi sebagai langkah keselamata­n, berkayuhla­h di tepi jalan, bukan di tengah laluan walaupun aliran trafik tidak sibuk.

“Basikal wajar dilengkapi lampu hadapan dan belakang, selain penunggang mengenakan jaket pemantul cahaya serta topi keledar sambil dipantau marshal,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Pada masa sama, Nadzri berharap peranan Kadet JPJ di sekolah seluruh negara, dapat dipertingk­atkan supaya membawa kesan positif dalam kalangan pelajar.

Katanya, Kadet JPJ ditubuhkan bertujuan meningkatk­an disiplin anggota dan pelajar untuk mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Selain memberi fokus keselamata­n ketika menggunaka­n kenderaan berenjin, kita harap aspek keselamata­n berbasikal turut diketengah­kan supaya kemalangan meragut nyawa tidak berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon, menegaskan pemilik basikal yang diubah suai secara ekstrem dan digunakan untuk berlumba di jalan raya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Kalau untuk penganjura­n atau pertanding­an, kena dapatkan permit kawasan. Jalan raya di negara ini direka bentuk untuk kegunaan awam (public road) dan rekaannya tidak memiliki ciri keselamata­n seperti trek lumba,” katanya. Ketua Pengarah JPJ

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia