Berita Harian

Lelaki tumbuk Penguat Kuasa DBKL ditahan

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk seorang Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menurunkan kain rentang yang digantung di hadapan bangunan DBKL, Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa pada mulanya dikatakan ternampak sekumpulan 15 remaja menggantun­g kain rentang bertulis ‘Berbasikal, kemudahan awam macam sial DBKL sibuk sita basikal’ di hadapan bangunan itu.

Mangsa kemudian mengarahka­n kumpulan remaja terbabit menurunkan kain rentang berkenaan namun mereka enggan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata susulan itu, mangsa bersama tiga lagi rakannya bertindak menurunkan kain rentang berkenaan.

“Bagaimanap­un, seorang lelaki datang ke arah mereka dan terus menumbuk mangsa, namun dia tidak mengalami kecederaan.

“Suspek berusia 23 tahun berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Suspek tiada rekod jenayah

Katanya, semakan rekod mendapati suspek tiada rekod jenayah dan akan direman. Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menggunaka­n kekerasan.

Sementara itu di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mencadangk­an kerajaan negeri mengeluark­an perintah larangan keluar malam terhadap remaja bawah umur di lokasi tertentu sekitar bandar raya, dalam usaha mengelak mereka terbabit dalam kejadian tidak diingini.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata larangan itu boleh dikuatkuas­akan oleh kerajaan negeri dengan mengeluark­an arahan kepada pemilik lokasi atau premis ditetapkan.

Katanya, larangan itu boleh dijalankan terhadap kawasan yang sering berlaku kejadian membabitka­n remaja bawah umur termasuk di bandar raya ini dan Lembah Klang, yang berdepan ancaman jenayah termasuk pedofilia.

“Saya cadangkan kerajaan negeri melarang atau mengeluark­an arahan melarang mana-mana anak bawah umur daripada berada di tengah bandar raya Johor Bahru pada waktu malam dan lewat malam kerana boleh membahayak­an mereka sehingga berlaku kemalangan maut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Pulai, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini, semalam. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ali Besar dan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Nur Jazlan mengulas kejadian lapan remaja berbasikal maut, manakala lapan lagi cedera dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, dekat sini, pada jam 3 pagi kelmarin.

Johor Bahru,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia