Berita Harian

‘Ralat tak dapat rai bersama penduduk’

Kak Milah terharu sokongan luar biasa, sifatkan satu fenomena

- Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Rudi Affendi Khalik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Puan Sri Jamilah Anu mengakui agak terkilan tidak dapat meraikan kemenangan besarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan kelmarin bersama penduduk kawasan itu.

Jamilah yang lebih gemar membahasak­an diri sebagai Kak Milah bagaimanap­un yakin penduduk khususnya bukan Islam memahami beliau perlu menghabisk­an tempoh edah susulan kematian suami, Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lalu.

“Kita menang besar malam ini, majoriti pun meningkat, namun jauh di sudut hati memang rasa ralat kerana tidak dapat rai bersama penduduk Tanjong Datu yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada saya atas faktor ‘Semangat Adenan’.

“Apabila habis edah nanti (18 Mei), perkara pertama saya akan buat ialah turun berjumpa mereka (pengundi). Saya mahu menyatakan penghargaa­n atas sokongan mereka dan bersama meneruskan perancanga­n Tok Nan untuk Tanjong Datu,” katanya.

Dalam pertemuan dengan BH malam kelmarin, Jamilah mengakui agak terkejut apabila dimaklumka­n majoriti undi diperolehn­ya meningkat kerana ia sama sekali di luar jangkaan.

“Saya amat terharu dengan sokongan luar biasa (pengundi) yang saya sifatkan satu fenomena. Pasti sokongan itu atas ‘Semangat Adenan’ ketika saya tidak pun berada di kawasan (berkempen), sebaliknya bergantung kepada anak,” katanya.

Angkat sumpah 8 Mac

Jamilah yang dijadual mengangkat sumpah sebagai ADUN Tanjong Datu pada 8 Mac ini, berulang kali mendedikas­ikan kemenangan itu kepada arwah suaminya yang membawa beliau terjun ke dalam bidang politik apabila mereka berkahwin 37 tahun lalu.

Malah, ketika doa kesyukuran dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila nama Allahyarha­m

Apabila habis edah nanti (18 Mei), perkara pertama saya akan buat ialah turun berjumpa mereka (pengundi). Saya mahu menyatakan penghargaa­n atas sokongan mereka dan bersama meneruskan perancanga­n Tok Nan untuk Tanjong Datu” Jamilah Anu, ADUN Tanjong Datu

Adenan disebut beberapa kali.

“Tanpa ‘Semangat Adenan’, mustahil beroleh kejayaan ini. Ia bukan hanya kemenangan saya, tetapi juga terjemahan sokongan terhadap kepemimpin­an Datuk Amar Abang Johari Openg, pengganti Tok Nan dan kapten baharu ‘Tim Adenan’,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki bongsunya, Azizul Annuar Adenan, memberi jaminan beliau bersama adik-beradiknya akan terus ‘turun padang’ mewakili ibu mereka menyampaik­an penghargaa­n kepada pengundi.

“Sokongan rakyat membuatkan daddy (Adenan) seolaholah masih hidup. Semangatny­a dalam diri semua penduduk Tanjong Datu.

“Kami sekeluarga terharu dengan sokongan padu terhadap ibu bagi meneruskan perjuangan daddy.

“Benar kami amat merindui daddy, begitu juga penduduk Tanjong Datu. Mereka bersyukur ibu menang besar dan menjadi penyambung perjuangan daddy yang tertangguh,” katanya.

Aura Adenan sukar disekat pembangkan­g Ms.10

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia