Berita Harian

Kemenangan bukti penerimaan ikhlas rakyat

-

Lundu: Kejayaan Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat lebih besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu kelmarin membuktika­n penerimaan ikhlas penduduk terhadap Puan Sri Jamilah Anu.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak, Abdullah Saidol, berkata kemenangan itu turut dilihat sebagai ‘restu’ mereka terhadap Jamilah bagi meneruskan perjuangan Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem.

“Ini juga tanda terima kasih rakyat terhadap sumbangan besar Tok Nan. Dalam tempoh kepemimpin­an cukup singkat, pelbagai inisiatif dilaksanak­an Allahyarha­m yang membawa kesejahter­aan kepada negeri ini dan rakyat.

Budaya kepemimpin­an bersederha­na

“Kehadiran Datuk Amar Abang Johari Abang Openg menyemarak­kan lagi ‘Semangat Adenan’ dalam kalangan rakyat. Majoriti yakin beliau mampu meneruskan budaya kepemimpin­an bersederha­na tetapi tegas seperti Tok Nan,” katanya.

Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof pula menyifatka­n penduduk Tanjong Datu bertuah kerana mempunyai Jamilah untuk meneruskan usaha Tok Nan.

“Kemenangan ini menunjukka­n penduduk Tanjong Datu menghargai apa dilakukan Allahyarha­m untuk kawasan itu. Tok Nan dan isteri sentiasa meletakkan kepentinga­n rakyat dan kemajuan kawasan pada tahap tertinggi,” katanya.

Ini juga tanda terima kasih rakyat terhadap sumbangan besar Tok Nan” Abdullah Saidol, Pengerusi BNBBC Sarawak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia