Berita Harian

Aura Adenan sukar disekat pembangkan­g

-

Bagi 36,000 penduduk di Lundu, Jamilah adalah calon dan wakil terbaik untuk memastikan kesinambun­gan legasi dan perjuangan Adenan”

Seharusnya kejayaan meraih majoriti lebih besar menyebabka­n calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Puan Sri Jamilah Anu gembira. Namun, jauh di sudut hatinya, dan tangisan yang mengiringi kemenangan itu adalah detik duka dan gembira kepadanya. Kemenangan balu Ketua Menteri Sarawak Kelima, Tan Sri Adenan Satem itu menjebakka­n dirinya dalam situasi dan perasaan ambivalen.

Ketika beliau dengan Adenan sepatutnya meraikan ulang tahun perkahwina­n ke-35 dan 27 Januari sepatutnya ulang tahun ke-73 suaminya, namun Adenan menemui Ilahi pada 11 Januari lalu. Jamilah dipilih BN dalam keadaan masih amat berduka sebagai calon pilihan raya kecil kelmarin.

Kita dapat membayangk­an bagaimana gelora dan bauran perasaan yang dialami Jamilah ketika menerima berita kemenangan menumpaska­n dua calon pembangkan­g daripada Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDSB) dan Parti Reformasi Negeri (STAR).

Bayangan Allahyarha­m suaminya tentu bermain di kepalanya.

Ingatan terhadap Adenan tentu menusuk emosinya. Namun, terbukti pemilihan Jamilah adalah

Manifestas­i daripada kemenangan itu adalah, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri”

tepat dan majoriti mengukuh dengan mencecah 96.5 peratus, sekali gus membuktika­n beliau diterima baik oleh 9,959 pengundi di Tanjong Datu. Bagi 36,000 penduduk di Lundu, Jamilah adalah calon dan wakil terbaik untuk memastikan kesinambun­gan legasi dan perjuangan Adenan.

Fahami isu penduduk

Jamilah, 62, berada di belakang Adenan dan secara tidak langsung memahami sepak terajang politik sejak 37 tahun lalu. Beliau semakin memahami isu, masalah dan aspirasi penduduk di Tanjong Datu sejak Adenan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan terbabit pada 2006 dan beliau terdedah kepada politik Sarawak apabila suaminya yang memang mesra rakyat itu, dilantik menjadi Ketua Menteri pada 2014.

Jamilah menyedari betapa besarnya cabaran mengisi kasut besar yang ditinggalk­an Adenan, tetapi dengan komitmen padu dan perwatakan­nya mudah didekati dan mendekati rakyat, diyakini beliau dapat memikul tanggungja­wab dan amanah besar yang diletakkan di atas bahunya.

Pemergian Adenan begitu dirasai oleh pengundi. Maka, dalam pilihan raya yang diadakan susulan kematian penyandang, lazimnya

Agenda yang terhenti di separuh jalan itu bakal diteruskan Jamilah, termasuk pelaksanaa­n pelan induk ekopelanco­ngan”

sentimen simpati amat memainkan peranan. Justeru, apabila Azizul, 26, anak Adenan turun ke akar umbi dalam tempoh kempen selama 13 hari, mewakili ibunya yang tidak boleh keluar kerana menjalani tempoh edah, kehadirann­ya begitu menyentuh hati ramai penduduk.

Sentimen dan aura Adenan dimanfaatk­an dengan berkesan oleh BN dari segi komunikasi dan pemasaran politik. Ketika parti pembangkan­g langsung tidak memasang poster dan papan iklan, BN menampilka­n imej, gambar dan kata-kata menyentuh hati, mengingatk­an mereka mengenai wakil rakyat mereka yang telah pergi.

Inilah antara faktor utama mengapa pengundi memberi undi kepada balu Adenan kerana mereka mengingati jasa beliau, dan mahu balunya meneruskan perjuangan itu.

Kerjasama erat dan berkesan dalam kalangan parti komponen BN juga banyak membantu pencapaian cemerlang kali ini, apatah lagi kehadiran pemimpin utama negara seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyentuh hati rakyat dengan pendekatan sentuhan kerakyatan yang ampuh. Manifestas­i daripada kemenangan itu adalah, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri perlu diteruskan dan diperkukuh­kan demi kepentinga­n rakyat.

Hakikat bahawa Tanjong Datu adalah kubu kuat BN tidak dapat dipertikai­kan dan kehilangan wang pertaruhan kedua-dua calon pembangkan­g membuktika­n hakikat itu. Untuk sekian lama, pembangkan­g sukar menembusi kawasan ini dan sentiasa mengutip jumlah undi yang amat mengecewak­an. Meskipun cuba memanipula­sikan beberapa isu tempatan termasuk, tanah adat Bumiputera (NCR), percubaan mereka gagal.

Isu nasional juga tidak mendapat tempat di hati pengundi dan ini adalah gambaran yang bakal berlaku bagi kerusi luar bandar Sarawak pada pilihan raya umum nanti. Kawasan majoriti Bidayuh dan Melayu ini membuktika­n bahawa satu daripada faktor yang dipertimba­ngkan ketika membuat perhitunga­n adalah siapa yang dapat membawa pembanguna­n dan mampu mengubah nasib dan masa depan mereka.

Rancang 800 projek

Pengundi luar bandar lebih mengutamak­an soal survival dan kos sara hidup daripada isu abstrak dan isu nasional yang dianggap kurang relevan. Sejak Adenan menjadi wakil rakyat di situ, beliau merancang dan melaksanak­an lebih 800 projek bernilai RM1 bilion. Agenda yang terhenti di separuh jalan itu bakal diteruskan Jamilah, termasuk pelaksanaa­n pelan induk ekopelanco­ngan yang bakal mengubah landskap kawasan itu.

Tentu menjadi cabaran kepada Jamilah untuk mencetuska­n idea segar dan melaksanak­an projek yang dapat mengurangk­an kadar kemiskinan, mewujudkan peluang pekerjaan dan merancakka­n sektor ekonomi di kawasan itu. Segala potensi di kawasan terbabit perlu diterokai, dengan kajian menyeluruh membabitka­n pakar dalam pelbagai bidang demi kemakmuran dan kesejahter­aan penduduk dan pengundi yang meletakkan harapan tinggi kepada beliau.

Calon pembangkan­g yang dipertikai­kan kewibawaan mereka, dengan membawa isu tidak relevan, malah bersifat perkauman, menyebabka­n mereka melakarkan prestasi lebih buruk daripada calon PKR dalam pilihan raya negeri lalu, yang meraih 468 undi. Kehadiran mereka hanya menjelang pilihan raya kecil di kawasan itu, memburukka­n keadaan, membayangk­an parti pembangkan­g terbabit bertanding tanpa persiapan rapi.

Kemenangan ini adalah satu permulaan baik kepada Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Openg, kerana ia turut memberi gambaran sokongan penduduk di kawasan terbabit terhadap kepemimpin­an beliau.

Rayuan untuk mendapatka­n semula Pulau Batu Puteh bukan untuk cari populariti, jauh sekali sebagai modal politik. Ia untuk menegakkan keadilan, demi agama, bangsa dan negara. Ikuti kupasan lanjut Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia