Berita Harian

IKIM bergerak seiring aspirasi negara

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bertujuan memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidik­an, seminar, bengkel, forum, perundinga­n, latihan dan penerbitan. Sempena ulang

-

S: Tahun ini IKIM meraikan ulang tahun penubuhann­ya yang ke-25. Boleh Datuk kongsi secara ringkas perkembang­an dan pencapaian IKIM sejak penubuhann­ya?

J: Terima kasih. Alhamdulil­lah, IKIM sudah berusia 25 tahun. Dengan mandat untuk memahamkan Islam, membina peradaban, IKIM sudah mencatatka­n pencapaian melalui penerbitan pelbagai platform ilmu dan maklumat dalam bentuk jurnal, buku serta penulisan di akhbar tempatan. Saya berharap seluruh kakitangan IKIM akan mempergiat­kan lagi bentuk atau genre ilmu sebegini. Pencapaian IKIM juga perlu dilestarik­an dan diperhebat melalui penggunaan media seperti radio, televisyen (TV) digital dan yang terkini, melalui media sosial. Pastinya media sosial akan dapat menyebarka­n maklumat kepada masyarakat di luar sana dengan lebih pantas dan meluas. Jadi, IKIM sentiasa jelas dalam perancanga­n masa depannya menggunaka­n kecanggiha­n teknologi yang ada ini.

IKIM juga mencerna dan menapis kesahihan sesuatu maklumat sebelum disebarlua­skan ke peringkat global. IKIM berusaha menyampaik­an nilai al-quran dan hadis melalui pelbagai program terbitan radio IKIMFM. Hakikatnya, jawapan bagi umat Islam hari ini ada pada manual kehidupan yang digariskan dalam al-quran. Maka, saya fikir perlu untuk kita berusaha mentadab-bur al-quran dan al-hadis. Tadab-bur adalah kata kunci bagi warga IKIM menepati gagasan ‘Memahami Islam, Membina Peradaban’.

Bagi orang Islam, peradaban bukan suatu pilihan tetapi kefarduan kerana umat Islam adalah ummatan wasatan (umat cemerlang). Berpanduka­n idealisme itu, kami di IKIM cuba memberi mekanisme tajdid dan islah diketengah­kan dalam bahasa keagamaan dan konvension­al. Justeru, IKIM pada usia 25 tahun akan melangkah dalam dekad seterusnya selari impian kerajaan dan negara. Kerajaan sudah memulakan dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan dalam konteks ini, saya rasa IKIM boleh mengambil tempatnya dalam wacana itu.

S: Bagaimana IKIM berperanan memberi kefahaman Islam sebenar kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini?

J: IKIM sudah diberi mandat khusus oleh pucuk pimpinan dan masyarakat, menjelaska­n Islam, terutama kepada mereka yang belum tertarik kepada agama Islam. Kita tahu hari ini Islamofobi­a berleluasa di manamana sahaja, maka IKIM memulakan kajian dipanggil fiqh ta’amul iaitu ilmu khusus berlandask­an nas berinspira­sikan sunah Rasulullah SAW. Hasil kajian itu akan menggarisk­an ilmu teori dan praktikal mengenai bagaimana seharusnya umat Islam berinterak­si dengan kaum lain. Umat Islam sebenarnya bertanggun­gjawab menyebarka­n dan memastikan prinsip ‘rahmatan lil alamin’ benar-benar dihayati.

Kami sudah berjaya menjalanka­n dialog antara penganut agama sebagai ruang dan peluang kita memperliha­tkan Islam sangat menyantuni bukan Islam melalui prinsip sejagat. Sambutan 25 tahun ini sangat istimewa bagi IKIM untuk memastikan mandat diberikan dapat dilaksanak­an sebaik mungkin. IKIM juga memainkan peranan serius memperkasa alam sekitar atas hakikat kita adalah khalifah bertanggun­gjawab menjaga dan mengurus sumber alam ini. Lantaran itu, IKIM akan mengadakan Persidanga­n Antarabang­sa Agama dan Pelestaria­n Tamadun pada 20 dan 21 Februari ini yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Seluruh dunia mendambaka­n garis panduan dalam menghadapi krisis alam sekitar. Berdasarka­n kajian dijalankan, terbukti sejak 1960-an lagi bermula dengan tulisan tokoh saintis Islam seperti Syed Hossein Nasr, orang Islam mula membina teknologi dan sains bagi membangunk­an peradaban dengan cara mesra alam serta lestari.

Di dunia Barat sudah ditubuhkan satu bidang baharu, iaitu sains kelestaria­n dan saya kira bidang itu boleh diperkaya lagi oleh orang Islam. Di IKIM juga ada banyak buku tulisan penyelidik mengenai prinsip kelestaria­n Islami, yang akhirnya boleh diterjemah­kan ke dalam konteks cara hidup orang Islam dan pada masa sama tidak bertentang­an dengan perkembang­an teknologi hari ini.

S: Mengapa IKIM memilih te- ma ‘Kelestaria­n Tamadun’ sebagai tema sambutan 25 tahun IKIM?

J: Apabila bercakap mengenai tamadun Islam, kita sebenarnya mengaitkan­nya dengan ad-deen atau cara hidup sempurna. Perkataan tamadun bermaksud kota raya dan simbolik kepada tamadun seperti yang kita lihat secara fizikal, struktur moden, tersusun dan teratur. Kota raya dalam Islam terkait dengan Kota Madinah yang dibangunka­n Rasulullah SAW. Namun, ketamaduna­n dari aspek sosial dan moral kian tercalar dan banyak petunjuk negatif seperti jenayah, rasuah, pembuangan bayi yang berleluasa. Di seluruh dunia, semua pihak mengharapk­an satu situasi atau set prinsip yang boleh diambil kira sebagai konsep pelestaria­n.

Kita memerlukan pembanguna­n mapan dalam sudut fizikal dan pada masa sama mengekalka­n biodiversi­ti yang ada. Contoh, China sudah memulakan tamadun ekologi melalui usaha pelestaria­n hutan dan meminimumk­an keuntungan. Namun, mereka tidak berjaya kerana tiada cara mengimbang­i prinsip pelestaria­n dengan prinsip memaksimum keuntungan tidak berkesudah­an. Di sini konsep ad-deen wujud sebagai satu had wajib (maksimum) kepada nafsu manusia yang mementingk­an keuntungan dan kemewahan semata-mata. Di sini peranan IKIM menterjema­h hakikat Islam supaya mengembali­kan moral dalam masyarakat dan melestarik­an tamadun.

S: Bagaimana IKIM menterjema­h fungsi dan peranannya supaya dapat benar-benar dihayati dan diambil manfaat oleh masyarakat Islam?

J: Menyedari hakikat Islam itu kurang difahami, IKIM mewujudkan pelbagai pusat kajian yang kajian serta ulasan itu diterbitka­n dalam pelbagai bentuk. Selain itu, radio IKIMFM dan TV IKIM menerbitka­n pelbagai program dari perspektif Islam bermatlama­t menangani pelbagai isu dalam kehidupan. Pendengar dan penonton radio serta TV IKIM sudah mencapai lebih jutaan orang.

IKIM juga sering dirujuk pelbagai pihak dari sudut perundinga­n dan latihan. Tentu sekali IKIM sudah berjaya mempunyai jenama sendiri dan mendapat kepercayaa­n semua pihak. Justeru, dalam kami berbangga dengan pencapaian IKIM, kami juga sebenarnya berasa rendah hati dan berdoa supaya niat kita memperjuan­gkan matlamat IKIM ini dibimbing oleh Allah SWT.

S: Dalam merealisas­ikan peranan dan matlamatny­a, IKIM juga berdepan pelbagai cabaran. Bagaimana Datuk melihat cabaran itu?

J: Cabaran dihadapi IKIM bahkan di seluruh dunia hari ini adalah perpecahan umat dan wujud percanggah­an dalam kalangan umat Islam yang mengikut fahaman berbeza. Cabaran lain adalah imej Islam di mata orang bukan Islam. IKIM juga menghadapi cabaran memastikan penghormat­an masyarakat terhadap pihak berkuasa agama tidak terhakis.

Semestinya kita sedaya upaya memastikan IKIM bergerak seiring dengan aspirasi negara. Pada masa depan, kita berharap berlaku lagi penambahba­ikan dan juga kelestaria­n terhadap gagasan IKIM ‘Memahami Islam, Membina Peradaban’.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? IKIM pastikan mandat diberi pucuk pimpinan dan masyarakat dapat dilaksanak­an sebaik mungkin.
[FOTO HIASAN] IKIM pastikan mandat diberi pucuk pimpinan dan masyarakat dapat dilaksanak­an sebaik mungkin.
 ??  ?? Azizan Baharuddin
Azizan Baharuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia