Berita Harian

CAP gesa kerajaan henti sementara eksport ikan

Jamin bekalan, bendung kenaikan harga di pasaran tempatan

- Oleh Norhaslind­a Abd Wahid

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan menghentik­an sementara eksport ikan bagi membendung kenaikan harga di pasaran tempatan.

Presidenny­a, SM Mohamed Idris, berkata kekurangan sumber bekalan ketika ini menyebabka­n pengguna terpaksa menanggung kenaikan harga ikan di pasaran.

Beliau berkata, kenaikan harga ikan berikutan krisis bekalan, terutama di utara Semenanjun­g pada masa ini, menyebabka­n kehidupan rakyat semakin tertekan, sekali gus meningkatk­an kos sara hidup.

“Melalui tinjauan yang dibuat, kami dapati harga ikan rakyat seperti ikan kembung meningkat sehingga mencecah RM20 satu kilogram (kg).

“Peningkata­n harga ikan ini semestinya membebanka­n dan meningkatk­an kos perbelanja­an rakyat.

Kawal harga di pasaran

“Bagi mengatasi masalah ini, saya berharap kerajaan menghentik­an sementara kegiatan mengekspor­t ikan untuk menjamin bekalan, selain mengawal harga pasaran,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas isu kenaikan mendadak harga hasil laut yang menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin.

Ikan kembung sebelum ini dijual antara RM7 hingga RM12 sekilogram tetapi kini dijual pada harga RM20, meningkat RM8 sejak pertengaha­n bulan ini.

Atasi penggunaan pukat

Mengulas lanjut, Mohamed Idris berkata, kerajaan juga perlu mengatasi dan mengawal penggunaan pukat yang menjadi ancaman kepada pembiakan benih dan anak ikan.

Beliau berkata, masalah kekurangan bekalan ikan juga berlaku disebabkan hampir 50 spesies ikan berkualiti tinggi mengalami kepupusan akibat penggunaan pukat haram.

“Hampir 50 spesies ikan pupus akibat penggunaan pukat haram seperti pukat tunda, sekali gus menyebabka­n anak ikan terperangk­ap dan mati. Selain itu, masalah kekurangan ikan juga dipercayai berpunca daripada tangkapan anak ikan yang dijadikan sebagai makanan kepada ternakan akuakultur.

“Malah, ikan sungai juga mengalami ancaman disebabkan penggunaan racun bertoksik tinggi oleh petani, terutama di kawasan berdekatan sawah padi,” katanya.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH ?? Kembung dijual di Pasar
Besar Sena, Kangar pada harga RM18 sekilogram berbanding RM16 sebelum ini disebabkan kekurangan bekalan akibat peralihan angin monsun timur laut.
[FOTO AZHAR RAMLI/BH Kembung dijual di Pasar Besar Sena, Kangar pada harga RM18 sekilogram berbanding RM16 sebelum ini disebabkan kekurangan bekalan akibat peralihan angin monsun timur laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia