Berita Harian

Bersatu demi bela nasib Rohingya

Sukarelawa­n Malaysia komited bantu pelarian di Myanmar

-

“Umat Islam kena bersatu, elak perpecahan,” kata sukarelawa­n Majlis Pertubuhan Permuafaka­tan Ayahanda Malaysia (PERMAS), Mohd Mahrami Hanafi.

Ketika ditemui di atas kapal flotila kemanusiaa­n Nautical Aliya, Mohd Mahrami, 43, yang mesra dengan panggilan Ayah Mie dalam kalangan aktivis misi diterajui Malaysia itu berkata, nasib pelarian Rohingya boleh diubah jika umat Islam bersatu untuk bersuara.

Bagi bapa lima anak ini yang sentiasa memakai busana Melayu dan bertanjak, penyertaan­nya dalam misi ini juga kerana sudah lama mendengar pelbagai kisah penindasan dihadapi masyarakat Rohingya sejak sekian lama.

“Kalau perlu belayar (flotila) kita belayar. Lagipun, kita orang Melayu memang biasa di laut. Datuk nenek kita dahulupun pelaut merentas dunia,” kata Ayah Mie sambil merenung jauh ke Laut Andaman.

Jaga aspek keselamata­n

Seorang lagi aktivis PERMAS, Datuk Paduka Rosman Mat Deli, 57, yang juga jurulatih silat negara, berkata peranan wakil pertubuhan berkenaan di atas Nautical Aliya adalah bagi menjaga aspek keselamata­n.

Semalam, misi diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan disertai 25 sukarelawa­n, termasuk 16 wakil media menghampir­i perairan Thailand selepas menghantar 2,300 tan bantuan kemanusiaa­n dan dijangka tiba di Pelabuhan Klang, Rabu ini.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Mahrami meninjau keadaan kapal Nautical Aliya ketika program Flotila Kemanusiaa­n ke Myanmar.
Mohd Mahrami meninjau keadaan kapal Nautical Aliya ketika program Flotila Kemanusiaa­n ke Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia