Berita Harian

Wanita hilang ketika mendaki Gunung Irau

-

Cameron Highlands: Seorang wanita yang menyertai pendakian Gunung Irau di sini, dilaporkan hilang sejak 5.30 petang kelmarin.

Norfatin Sulaiman, 29, berada dalam kumpulan lima peserta, selepas dibahagika­n kepada kecil daripada 47 pendaki, disedari hilang ketika menuruni gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd Haziq Hazmi, berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 11.20 malam kelmarin, memaklumka­n mangsa gagal ditemui.

Operasi mencari

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dilancarka­n mulai 12.15 tengah malam dan sehingga petang semalam, mangsa masih belum ditemui.

“Mangsa disedari hilang ahli kumpulanny­a ketika mereka berada pada separuh perjalanan turun dari 'check point' Pisang iaitu lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Operasi masih berjalan dan kami berharap mangsa dapat ditemui secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi.

 ??  ?? Norfatin yang menyertai pendakian di Gunung Irau belum ditemui.
Norfatin yang menyertai pendakian di Gunung Irau belum ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia