Berita Harian

TABUNG HAJI

Pembiayaan Dana Bumiputera Al-ansar majukan syarikat lebih berdaya saing

- Oleh Nazura Ngah dan Shahrizan Salian bhnews@bh.com.my

Lembaga Tabung Haji (TH) sudah membantu sehingga 591 syarikat Bumiputera untuk mengembang­kan perniagaan masing-masing di dalam pelbagai sektor, sebagai inisiatif memperkasa­kan agenda Bumiputera.

Ia membabitka­n syarikat Bumiputera yang memperoleh pembiayaan menerusi Dana Bumiputera Al-ansar sejak dilancarka­n pada 2015 dan juga syarikat Bumiputera yang menerima pelaburan ekuiti langsung daripada TH.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Badlisyah Abdul Ghani, berkata sebagai sebuah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), TH mempunyai tanggungja­wab tersendiri untuk menyokong kerajaan dalam agenda pemerkasaa­n serta transforma­si Bumiputera di negara ini.

Berikutan itu, beliau berkata selain terbabit dalam bidang pengurusan haji dan dana pendeposit, TH juga mempunyai dana yang diperuntuk­kan khas kepada usahawan Bumiputera yang mahu membangun dan membesarka­n syarikat ke tahap lebih besar.

Pembiayaan 587 syarikat Bumiputera

“Bagi Dana Bumiputera Al-ansar, TH sudah menyalurka­n pembiayaan kepada 587 syarikat Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai industri seperti pembinaan, minyak dan gas, peruncitan, barangan pengguna, telekomuni­kasi, pengeluara­n halal, pengangkut­an, kesihatan, perkhidmat­an, pendidikan, hospitalit­i dan asas tani.

“Bagi pelaburan ekuiti langsung pula, TH sudah melabur di dalam empat syarikat yang mana dua terbabit dalam bidang penternaka­n ayam serta masing-masing syarikat yang bergiat dalam industri pengeluara­n cat dan reka bentuk dalaman. TH bercadang melabur di dalam dua lagi syarikat pada tahun ini.

“Semua syarikat Bumiputera itu adalah antara syarikat yang mencapai kemajuan di dalam bidang masing-masing,” katanya dalam temu bual bersama akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Badlisyah berkata, Dana Bumiputera Al-ansar mempunyai saiz sebesar RM200 juta yang menyaksika­n sebanyak RM175 juta sudah disalurkan kepada syarikat Bumiputera yang layak setakat Disember lalu.

“Dana ini disediakan untuk tempoh lima tahun, yang bermakna syarikat yang memperoleh pembiayaan sejak 2015 akan mempunyai tempoh (kontrak) lebih panjang. Jika ada syarikat yang mahu mendapatka­n baki pembiayaan sebanyak RM25 juta lagi, tempoh pembiayaan adalah antara satu hingga tiga tahun,” katanya.

Pelaburan ekuiti langsung

Bagi pelaburan ekuiti langsung pula, beliau berkata TH mempunyai dana sebanyak RM50 juta bagi tujuan itu dan pelaburann­ya di dalam empat syarikat tahun ini adalah berjumlah RM4 juta.

Pelaburan ekuiti langsung itu, katanya adalah di dalam syarikat 100 peratus milik Bumiputera yang menjalanka­n perniagaan patuh syariah, beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun dan menunjukka­n prestasi yang memuaskan.

“Pelaburan yang TH laksanakan adalah melalui saham biasa atau saham keutamaan. Paling mustahak, syarikat terbabit mestilah menunjukka­n minat yang tinggi untuk mengembang­kan perniagaan,” katanya.

Badlisyah berkata, TH juga bekerjasam­a dengan agensi lain seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Wakaf Malaysia dan sebagainya bagi merintis pembanguna­n agenda Bumiputera.

Sebagai sebuah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), TH mempunyai tanggungja­wab tersendiri untuk menyokong kerajaan dalam agenda pemerkasaa­n serta transforma­si Bumiputera di negara ini”

 ??  ??
 ??  ?? Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH
Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia