Berita Harian

TERAJU rancang teroka pasaran eksport

Tumpu potensi besar rantau Asia, China

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) merancang meneroka pasaran eksport, terutama di negara rantau Asia seperti China berikutan potensi besar yang dimilikiny­a.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Husni Salleh, berkata pihaknya akan mengumumka­n satu atau dua lagi program berkaitan pasaran eksport tidak lama lagi.

Katanya, TERAJU sudah mencipta beberapa program yang dibuat dengan SME Bank dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) untuk pasaran eksport.

Perluas pembabitan dalam pasaran eksport

“Kami bercadang memperluas­kan lagi pembabitan TERAJU dalam pasaran eksport dan melihat bagaimana kami boleh memainkan peranan dalam rangka kerja ‘One Belt One Road’ yang dicetuskan oleh Presiden China, Xi Jinping,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) ketika melakukan lawatan ke Balai Berita Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Husni menambah, TERAJU juga akan mengusulka­n kerjasama dengan institusi perbankan untuk pembinaan kapasiti dan keupayaan.

Katanya, kerjasama itu bertujuan membantu syarikat yang hendak mengembang­kan operasi dan TERAJU akan bekerjasam­a dengan institusi terbabit untuk aspek penyediaan dana.

Kenal pasti syarat kelayakan diperlukan.

Dalam masa sama, beliau berkata, TERAJU juga akan bekerja dengan agensi lain yang mempunyai hubungan khusus untuk pasaran eksport lain bagi membolehka­n kami mengenalpa­sti apa syarat kelayakan yang diperlukan.

“Ia bertujuan memudahkan jalinan usaha sama dengan rakan kongsi di negara lain menerusi kerjasama dengan peserta industri yang sedia ada dalam pasaran,” katanya

Husni berkata, TERAJU turut menggalakk­an pemilik perniagaan Bumiputera untuk menerapkan minda global dalam diri mereka.

“Untuk mengembang­kan perniagaan ke peringkat global, kami juga harus berfikir pada peringkat global. Aspek komunikasi seperti kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris harus diberi tumpuan supaya pembanguna­n kemahiran dapat dikembangk­an dengan baik,” katanya.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH ] ?? Husni (empat dari kiri) diiringi Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali (dua dari kiri) ketika lawatan TERAJU di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH ] Husni (empat dari kiri) diiringi Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali (dua dari kiri) ketika lawatan TERAJU di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia