Berita Harian

‘Agenda Bumiputera bukan soal perkauman’

-

Ketua Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Datuk Husni Salleh menolak tanggapan segelintir pihak yang melabelkan penubuhan unit itu sebagai perkauman dan tidak adil kepada komuniti lain.

Beliau yang sama sekali tidak bersetuju apabila Agenda Bumiputera disamakan dengan agenda perkauman, menegaskan apa yang TERAJU lakukan secara asasnya memberi peluang kepada negara ini untuk menjadi lebih berdaya saing.

Tidak ambil peluang bukan Bumiputera

“Apabila memperkata­kan mengenai Bumiputera, saya akui kita agak terkebelak­ang berbanding kaum lain kerana kebanyakan Bumiputera adalah generasi pertama yang bergelar ahli perniagaan.

“Jumlah kita (Bumiputera) juga masih kecil walaupun kita adalah kaum majoriti di negara ini. Jadi, saya lihat kita perlukan satu pendekatan lebih khusus untuk Bumiputera.

“Kita tidak ambil peluang komuniti bukan Bumiputera dan memberikan­nya kepada Bumiputera,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TERAJU ditubuhkan untuk menerajui, menyelaras dan memacu agenda Bumiputera dalam usaha meningkatk­an penguasaan kaum pribumi itu dalam ekonomi negara.

Mengulas lanjut, beliau ber- kata, pihaknya memberi tumpuan untuk membina komuniti Bumiputera di negara ini, terutama dalam memastikan mereka tidak jauh ketinggala­n dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Pendapatan Bumiputera sudah meningkat

“Secara kasarnya, walaupun pendapatan Bumiputera di negara ini sudah meningkat, ia masih ketinggala­n berbanding bukan Bumiputera.

”Ini semua mempunyai kaitan dengan kuasa penggunaan yang mana kita perlu mencari jalan untuk menggunaka­n polisi supaya ada peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih adil kepada Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata, TERAJU perlu mengukuhka­n pembinaan kapasiti serta keupayaan serta cara pemikiran dan pada masa sama memastikan kerajaan tidak meminggirk­an bangsa lain.

“Ada banyak program lain juga yang dibuat khusus untuk membantu perniagaan bukan Bumiputera yang layak untuk mendapat bantuan.

“Memandangk­an jumlah komuniti Bumiputera yang lebih ramai, itulah sebabnya Agenda Bumiputera dilihat lebih besar berbanding yang lain.

“Bagaimanap­un, hasrat kerajaan adalah untuk memastikan ketidaksei­mbangan yang berlaku dalam negara pada masa ini dapat dikecilkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia