Berita Harian

TH jayakan agenda pemerkasaa­n Bumiputera

-

Kuala Lumpur: Pembabitan Lembaga Tabung Haji (TH) dalam program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), pemberian biasiswa kepada anak kakitangan TH yang melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara serta subsidi haji sebanyak RM200 juta antara inisiatif agensi pengurus dana Islam terbesar negara dalam menjayakan agenda pemerkasaa­n Bumiputera.

Menerusi program SL1M, menyasarka­n lebih 80 peratus graduan memperoleh pekerjaan selepas menamatkan latihan selama setahun di TH, termasuk di cawangan seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 30 peratus pelatih berjaya mendapatka­n pekerjaan dalam tempoh singkat sebaik sahaja menamatkan program latihan di TH, manakala bakinya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Ambil graduan paling ramai program SL1M

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Badlisyah Abdul Ghani, berkata sehingga kini, TH antara syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang mengambil graduan paling ramai untuk mengikuti program SL1M.

Katanya, pembabitan dalam program SL1M sejak mula diperkenal­kan adalah antara inisiatif TH dalam menjayakan agenda pemerkasaa­n Bumiputera bagi membolehka­n graduan berupaya meningkatk­an tahap kebolehpas­aran atau keupayaan mendapatka­n pekerjaan.

Tahun ini, TH akan mengambil 1,000 graduan untuk mengikuti program SL1M, meningkat berbanding lebih 900 graduan tahun lalu, manakala 500 graduan pada 2015 dan 2014 (224).

Sementara itu, Badlisyah berkata, oleh kerana majoriti umat Islam di negara ini adalah Bumiputera, pembayaran zakat kirakira RM60 juta setahun juga menjadi sebahagian daripada agenda pemerkasaa­n Bumiputera di TH.

Beliau berkata, TH adalah antara pembayar zakat terbesar di negara ini dengan pembayaran dibuat kepada setiap negeri.

“TH bekerjasam­a dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk memastikan zakat disalurkan terus kepada Muslim Bumiputera yang berkelayak­an,” katanya.

Katanya, TH turut menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) terbesar di negara ini apabila menyediaka­n subsidi haji setiap tahun dan tahun ini sebanyak RM200 juta diperuntuk­kan untuk tujuan itu dengan separuh daripada kos haji ditanggung TH.

Subsidi haji, katanya juga antara agenda pemerkasaa­n Bumiputera TH dengan membantu umat Islam yang kebanyakan Bumiputera dalam melaksanak­an ibadah haji yang memberi kesan amat tinggi terhadap keupayaan kewangan jemaah haji.

Di samping itu, dalam usaha memantapka­n agenda pemerkasaa­n Bumiputera, bermula tahun ini TH akan melancarka­n skim bantuan biasiswa kepada anak pendeposit bagi melanjutka­n pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia