Berita Harian

DPMM yakin kerjasama jana modal RM20 juta

-

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yakin padanan perniagaan dijayakan bersama usahawan dari gagasan Kepulauan Riau, Indonesia pada tahun ini, mampu menjana pelaburan bernilai RM20 juta.

Pengerusi Dewan Muda DPMM Johor, Muhammed Farhan Basheer, berkata nilai pelaburan itu berdasarka­n usaha dan inisiatif, selain kekerapan penganjura­n majlis padanan perniagaan ke negara dalam Kepulauan Riau.

Katanya, antara produk usahawan terbabit yang mendapat perhatian termasuk pakaian, makanan, kraf tangan dan hasil pertanian.

Beliau berkata, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur adalah yang paling aktif menyertai program padanan perniagaan itu yang membabitka­n lebih 20 syarikat yang memasarkan pelbagai jenis barangan.

“Tahun lalu, hasil daripada pelaburan padanan perniagaan Malaysia ke luar (Kepulauan Riau) mencecah lebih RM20 juta dan tahun ini, jika kita dapat kekalkan momentum itu sudah cukup memadai,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis kunjungan Batam Pos Entreprene­ur School ke DPMM Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua DPMM, Syed Salim Syed Mohamed dan Pengarah Eksekutif Batam Pos Entreprene­ur School, Lisya Anggraini.

Perkenal, promosi produk tempatan

Pada majlis itu, lebih 20 usahawan berjaya, termasuk belia dan wanita dari Batam, Indonesia membawa produk tempatan mereka untuk diperkenal­kan dan dipromosik­an pada sesi padanan perniagaan.

Sementara itu, Lisya berkata, pihaknya menyambut baik usaha dilakukan DPMM dan akan meneruskan kerjasama strategik bagi membolehka­n usahawan di Batam dapat memperluas­kan lagi kawasan perniagaan mereka.

“Program padanan perniagaan seperti ini amat baik dan membantu usahawan dari ada Batam bagi memasar dan mempromosi­kan barangan tidak kira dari segi makanan, pakaian dan pertanian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia