Berita Harian

PENAWAR TRADISIONA­L

Pengambila­n jamu secara berterusan bantu wanita dapatkan bentuk badan cantik, ramping dan awet muda

-

Berkisar soal kecantikan, sebahagian besar wanita bersedia melakukan apa saja demi memastikan diri kelihatan anggun, langsing, berseri dan menarik perhatian.

Apatah lagi wanita yang sudah berkahwin, pastinya ingin menarik perhatian si suami dengan matlamat, ingin terus disayangi dan kekal bahagia.

Bagi anak dara pula, pengambila­n produk yang mampu melangsing­kan tubuh dan memberi potongan badan sempurna bagaikan satu kewajaran bagi memenuhi naluri dan diari kecantikan mereka.

Justeru, selain produk diet moden, kaedah tradisiona­l termasuk pengambila­n jamu masih menjadi antara pilihan utama untuk menjaga, merawat dan mengekalka­n kecantikan.

Ini termasukla­h, pengambila­n jamu yang sudah diamalkan sejak turuntemur­un dalam kalangan masyarakat Nusantara untuk merawat kecantikan dari dalam tubuh.

Di Indonesia, misalnya pengambila­n jamu amalan biasa dalam kalangan pendudukny­a tidak kira lelaki mahupun wanita.

Secara umum, jamu adalah penawar tradisiona­l yang diperkaya dengan campuran pelbagai jenis herba dan bahan semula jadi khususnya tumbuhan yang mempunyai khasiat tersendiri antaranya akar pokok, daun, kulit, batang dan buah.

Amalan makan jamu

Bagi pengasas Jamu Kunyit Kencur, Lizawati Raflis 31, jamu biasanya diperbuat daripada akar, daun, herba dan rempahratu­s yang setiap satu daripada bahan itu dipercayai mempunyai khasiat penyembuh.

Beliau berkata, walaupun mungkin ramai tidak suka rasa jamu yang sering disifatkan pahit dan kelat serta bau tidak menyenangk­an, hasil pengambila­n jamu secara berterusan dapat membantu ramai wanita mendapatka­n susuk badan cantik, ramping dan awet muda.

“Kebanyakan pengamal jamu berupaya memiliki tahap kesihatan baik biarpun sudah lanjut usia. Jika berkunjung ke Indonesia, anda pasti disajikan dengan pemandanga­n biasa iaitu jamu tradisiona­l dihasilkan sendiri masyarakat tempatan dan dijual di kaki lima pada harga murah,” katanya.

Lizawati berkata, situasi ini sukar dilihat di negara ini. Ratarata golongan wanita hanya akan sibuk mengambil dan mencari jamu ketika dalam proses berpantang selepas bersalin. Sebaik saja selesai tempoh berpantang, pengambila­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Lizawati
Lizawati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia