Berita Harian

Ramuan tradisi keluarga

-

berkata, sejak dua tahun lalu, beliau menjual jamu hasil ramuan ibunya yang berasal dari Padang, Indonesia.

Ibunya, Norlela Rasidi, 54, menjadikan amalan makan jamu kunyit sejak usia anak dara dan diperturun­kan kepada lima anak perempuann­ya pula hari ini.

“Masa saya budak lagi, ibu sudah amal makan jamu. Pada awalnya, memang sukar mahu makan jamu tetapi rasanya yang sedap dan tidak pahit menjadikan ia amalan saya selepas itu sehingga berkahwin.

“Adik beradik perempuan lain pun menjadikan amalan makan jamu seba- gai penjagaan kesihatan dan kecantikan,” katanya.

Rahsia ramuan diambil dari Indonesia dan beliau sentiasa memperoleh idea menghasilk­an pelbagai jamu dengan fungsi berbeza berasaskan bahan utama, ibu kunyit segar daripada saudara mara di Indonesia.

Tempahan 2,000 botol

Beliau berkata, perniagaan jamu itu dijalankan sebaik perkongsia­n beliau di Facebook selepas mengamalka­n jamu kunyit ketika pantang mendapat perhatian ramai.

“Bermula dengan seorang sahabat di Johor yang minta saya buatkan sebotol jamu kepadanya, sehinggala­h hari ini saya menerima tempahan 2,000 botol jamu kunyit air dan jumlah sama untuk jamu gentel kunyit daripada pelbagai lapisan umur di serata negeri, termasuk Singapura.

“Rata-rata pelanggan mengamalka­n secara berterusan jamu kunyit ini dengan komen positif.

Hanya bermodalka­n RM200, beliau kini sudah mempunyai lebih daripada stokis di seluruh negeri.

Antara produk terlaris beliau kini adalah Jamu Kunyit Kencur, Majun Kunyit Kencur dan

Masker Miss V bertindak merapatkan vagina, menegangka­n payu dara dan membangkit­kan kehangatan seksual selain masker kunyit untuk kecantikan wajah.

 ??  ?? Jamu kunyit air antara yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
Jamu kunyit air antara yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia