Berita Harian

Tubuh kembali segar

-

jamu sudah tidak dijadikan amalan secara konsisten.

“Realitinya, amalan makan jamu ini sebenarnya mudah diamalkan oleh sesiapa saja, malah boleh dihasilkan di rumah jika berkeboleh­an menyedia dan menghasilk­an ramuan apatah lagi bahan-bahannya mudah dicari. Biasanya, berada sekeliling rumah atau mudah diperoleh di dapur masak,” katanya.

Bantu wanita sihat dalaman

Pengambila­n jamu juga dipercayai mempunyai kesan hebat untuk merawat dalaman wanita sedang berpantang kerana ia memberi banyak kelebihan dalam memulihkan organ dalaman, memperbany­akkan susu badan dan mengembali­kan seri wajah pucat selepas bersalin.

Bekas guru ini, berkata antara jamu terkenal yang biasa diambil wanita adalah manjakani, kecur, pucuk, herba, ibu garam dan kunyit. Semuanya dipercayai mujarab mengembali­kan tenaga, mengecutka­n rahim dan memperbany­akkan susu badan, dengan syarat ia perlu diminum secawan setiap pagi selepas mandi serta mengambil sarapan yang berat.

“Bukan itu saja, jika wanita menjadikan pemakaian bengkung sebagai amalan rutin ketika berpantang disusuli minuman jamu, keberkesan­annya begitu ketara,” katanya.

Tarik minat remaja

Hari ini, amalan pemakanan jamu kini menjadi trend bukan saja dalam kalangan wanita berusia, tetapi sudah diminati golongan muda, terutama anak dara atas kapasiti ia memberi kesan baik dan merawat secara dalaman.

“Kini, pelbagai ubat diet di jual di pasaran secara meluas tanpa kita ketahui ramuan dan bahan digunakan. Berbeza dengan ramuan jamu yang biasanya ada di rumah masing-masing seperti kunyit, halia dan kecur yang biasanya kita jadikan ulam,” katanya ketika di temui, baru-baru ini.

Beliau berkata, pelanggann­ya terdiri daripada wanita berusia belasan sehingga puluhan tahun dan rata-rata mereka mengambil jamu kerana ingin menjaga kesihatan dalaman dan luaran.

“Suatu ketika dulu, sukar melihat anak dara makan jamu. Biasanya jamu menjadi amalan sementara wanita bersalin. Tetapi kini, sudah jadi trend anak gadis makan jamu untuk cantik, langsing dan menjaga kesihatan kulit dan dalaman,” katanya.

Beliau menyaranka­n, jamu patut dijadikan amalan selepas datang haid dan diamalkan secara berterusan untuk merawat masalah utama wanita seperti keputihan, senggugut atau pun vagina longgar.

 ??  ?? Amalan makan jamu mudah diamalkan oleh sesiapa sahaja.
Amalan makan jamu mudah diamalkan oleh sesiapa sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia