Berita Harian

Manfaat buah dan sayur

-

Bagi mereka yang mementingk­an kesihatan atau dalam usaha menjaga berat badan dan pemakanan yang sihat, tentunya tahu mengenai kepentinga­n buah-buahan serta sayuran dalam menu diet.

Kedua-dua makanan ini adalah menu kedua terpenting dalam piramid makanan, justeru, pengambila­nnya perlulah dalam kuantiti yang banyak, iaitu lima hidangan dalam sehari.

Hidangan ini wajib ada di dapur anda dan apa yang lebih menarik, makanan sihat ini mudah diperoleh. Bagaimanap­un, bagi mereka yang mempunyai jadual padat dan sibuk dengan tugasan pastinya memerlukan alternatif seperti hidangan jus buahbuahan dan sayur-sayuran yang mudah dibeli.

Agen imunisasi

Pengasas Juice Work,

Ling Mooi Li, berkata jus segar dan sayuran adalah agen imunisasi tubuh badan anda.

Beliau berkata, sama ada ia dimasak, dimakan terus atau jusnya diperah, ia berkhasiat dan mengandung­i vitamin, mineral serta fitonutrie­n yang diperlukan manusia.

“Fakta membuktika­n jus segar buah-buahan dan sayur-sayuran mengandung­i pelbagai nutrien yang sangat bermanfaat. Jus juga boleh mengurangk­an risiko penyakit, meningkatk­an sistem imun badan, membersihk­an hati dan organ dalaman, membantu penghadama­n, membuang toksin berbahaya dan paling menarik mengurangk­an berat badan,” katanya.

Ikuti beberapa langkah yang kreatif untuk mendapatka­n hidangan buah dan sayur yang bermanfaat ini. Hidangan utama boleh diselitkan dengan buah seperti aprikot atau epal.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia