Berita Harian

Sarang burung kaya khasiat

Bantu kekal kesihatan dalaman, putihkan kulit

-

Sarang burung mempunyai banyak khasiat dalam dunia kecantikan. Manfaat bagi kecantikan begitu meluas dan dipercayai turuntemur­un sebagai petua terbaik mendapatka­n kulit mulus.

Bagi masyarakat Cina, pengambila­n makanan kesihatan yang dihasilkan daripada bahan semula jadi itu sudah lama diamalkan sejak beribu tahun dulu.

Berdasarka­n catatan sejarah perubatan Cina, kemujaraba­n khasiat sarang burung ini terbukti keberkesan­annya dan menjadi santapan eksotik serta eksklusif kerabat diraja China.

Malah, satu ketika dulu, sarang burung ini dikenali sebagai makanan berkhasiat untuk golongan berkemampu­an dan berstatus tinggi. Ini kerana sarang burung dijual pada harga mahal di pasaran mengikut gred tertentu.

Satu kajian di Beijing mendapati, sarang burung menjadi egen pemutihan terbaik untuk kulit dan kesihatan mata.

Kaedah hidangan sarang burung ini biasanya direneh dan dibuat sup dengan campuran ginseng, kurma merah dan herba yang boleh didapati dari tabib Cina.

Kadangkala, masa terlalu lama diambil untuk hidangan sup sarang burung ini membuatkan ramai wanita tidak konsisten menikmati sarang burung ini atas faktor kesibukan.

Tablet sarang burung

Kini, wanita dan semua golongan berpeluang menikmati khasiat sarang burung cara lebih mudah dengan pengambila­n tablet kunyahan SAHI Sarang Burung dan Aloe Vera perasa laici yang pertama di Malaysia.

Masih mengekalka­n khasiat sarang burung untuk kecantikan dan kesihatan dalaman, ia mudah untuk diamalkan. Hanya kunyah atau kemam seperti makan gula gula dan mudah dibawa ke manamana.

Pengasas bersama produk SAHI, Norelissa Idayu Zainal Abidin dan Noor Aimi Mohd Yusoff, berkata tablet kunyahan itu sudah berada di pasaran sejak April tahun lalu.

“Menyedari produk SAHI kini mula mendapat perhatian, kami tekad untuk melebarkan sayap pemasaran produk ini di serata negara Asia. Kami akan cuba menembusi pasaran Indonesia selepas berjaya memperkena­lkan produk ini di Singapura,” katanya.

Kolagen semula jadi

Pengguna produk ini bukan saja mendapatka­n khasiat sebenar pati sarang burung, tetapi juga khasiat buah tin, kismis, madu dan kurma yang dirumus bersama bagi membantu memberi tenaga tambahan dalaman terutama kepada wanita.

SAHI juga mengandung­i vitamin C, aloe vera, rosehip, sakura, maqui berry dan rice bran yang mampu merangsang sel dalam penghasila­n semula struktur sel kulit untuk menghasilk­an kulit yang lebih anjal, lembut, licin dan halus.

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] ?? Pengasas produk SAHI, Noor Aimi (kiri) bersama artis, Nurul Elfira Loy dan Norelissa Idayu ketika perasmian produk itu, baru-baru ini.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] Pengasas produk SAHI, Noor Aimi (kiri) bersama artis, Nurul Elfira Loy dan Norelissa Idayu ketika perasmian produk itu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia