Berita Harian

Sabun ramuan botani

-

Perintis dalam formula botani selama lebih 40 tahun, Crabtree & Evelyn menggabung­kan kuasa dari alam semula jadi dan sains dengan kemewahan serta keselesaan menerusi koleksi sabun terbaharu, Gardeners.

Rumusan sabun baharu ini dicipta individu berpengala­man dalam bidang herba dengan menggunaka­n ramuan botani halus, segar dan terpilih.

Bagi yang cintakan keaslian tanpa bahan kimia, produk ini membantu menjaga kulit dengan penuh serat khasiat. Ia juga memulih, melegakan dan melindungi tangan serta perisai terbaik dalam melahirkan kecantikan semula jadi.

Tumbuhan ini mempunyai khasiat.

Bau segar lobak merah yang manis dan baru dipetik bercampur dengan labu serta embun pagi menjadikan ia sabun halus mempesona.

Sejenis tumbuhan sayur biasa ditanam di daerah beriklim tropika. Kegunaan utama adalah sebagai salad, kini diinovasi menjadi sabun. Aroma daun segar daripada selada yang dipotong digabungka­n dengan tembikai sejuk dan limau masam dalam sabun halus ini.

Buih sabun terhasil kaya dengan minyak sawit yang melembap, manakala ekstrak sage dan rosemary menjadikan tangan lebih segar serta bersih.

Aroma timun pada musim panas diselitkan dengan potongan halus tembikai, limau dan lada hijau dalam sabun halus ini. Diperbuat secara teliti dan buih sabun terhasil kaya dengan minyak sawit yang melembapka­n kulit. Ekstrak sage dan rosemary

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia