Berita Harian

Hidung ‘Wolverine’ diserang kanser lagi

-

Pelakon yang sinonim dengan watak Wolverine, Hugh Jackman, kembali berdepan dugaan apabila terpaksa menjalani semula rawatan penyakit kanser yang dideritai olehnya.

Beliau mendedahka­n perkara itu menerusi perkongsia­n gambar di laman sosial Instagramn­ya, barubaru ini.

Adiwira X-men itu nyata enggan menyerah kalah, sebaliknya bukan hanya bersemanga­t mengikuti rutin rawatan, malah sempat mengingatk­an pengikut supaya memakai krim pelindung matahari.

Ikuti rawatan

Terdahulu, penyakitny­a dikesan pada Disember 2013 selepas isterinya, DeborraLee Furness, memaksa beliau menjalani pemeriksaa­n rapi bagi mengesan punca kesakitan dialami.

Selepas pakar perubatan mengesahka­n wujudnya sel kanser, Jackman mula mengikuti beberapa perawatan untuk membunuh sel terbabit, selain mencegahny­a kembali menyerang.

Bermula dengan sesi awal pada Mei 2014, pelakon kelahiran Australia itu ke hospital pada Oktober tahun sama, malah beliau menghadiri tayangan perdana dengan hidung bertampal.

Kongsi setiap perkembang­an diri

Pada masa sama, Jackman berkongsi setiap perkembang­an dirinya, terutama berkaitan kanser kulit yang dialami di media sosial sebagai pesanan kepada orang ramai mengenai kepentinga­n pemeriksaa­n berkala.

Terbaharu, ketika sibuk dengan pembikinan filem Logan, yang disebutseb­ut bakal menjadi penampilan terakhirny­a sebagai Wolverine, beliau memaklumka­n masih meneruskan rawatan.

Filem terbabit dijadualka­n berada di pawagam pada 1 Mac depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia