Berita Harian

Harrison Ford nyaris nahas pesawat

-

Hero Indiana Jones, Harrison Ford, 74, hampir berdepan kemalangan apabila pesawat yang dipandunya nyaris bertembung dengan Boeing 737 di sebuah lapangan terbang di California, Isnin lalu.

Ketika itu, beliau diarahkan mendarat di landasan Lapangan Terbang John Wayne, Orange County, oleh pengawal udara, tetapi secara tidak sengaja dia memasuki laluan pesawat komersial.

Pesawat dipandunya kemudian melintasi di atas sebuah pesawat American Airlines yang hanya menunggu masa untuk terbang, dengan membawa 110 penumpang dan anak kapal.

“Apakah pesawat itu memang sepatutnya berada di bawah saya?” tanya

Ford kepada pengawal lalu lintas penerbanga­n, sebelum mendarat.

Insiden akan disiasat

Mujur pesawat bintang itu mendarat dengan selamat. Walaupun tiada yang tercedera, insiden berkenaan berdepan siasatan pihak Federal Aviation Authority (FAA) sebagai langkah keselamata­n, selain memastikan pesawat

Aviat Husky itu sudah diizinkan mendarat.

Berhubung juruterban­gnya, pihak berkenaan juga enggan mengesahka­n ia adalah Harrison Ford.

Ini bukan kali pertama beliau terbabit dengan insiden membabitka­n pesawat. Pada Mac 2015, Ford melakukan pendaratan kecemasan di sebuah padang golf di Los Angeles dan mengalami kecederaan yang agak serius.

 ??  ?? Ford memeriksa pesawatnya sebelum melakukan penerbanga­n.
Ford memeriksa pesawatnya sebelum melakukan penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia