Berita Harian

Sinar pelajar asnaf

Program Langit Terang bantu 26 anak muda berpotensi genggam ijazah

-

Dengan matlamat membantu asnaf, khususnya golongan pelajar melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), TV Alhijrah menerbitka­n program berkonsep kebajikan dikenali sebagai Langit Terang.

Rancangan itu dikeluarka­n stesen penyiaran terbabit bersama Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), selaku penaja utama. Ia juga antara usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR) organisasi terbabit untuk membantu masyarakat memerlukan.

Program 26 episod yang bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam, itu memaparkan 26 kisah pelajar asnaf yang berpotensi dalam meneruskan pengajian pada peringkat tertinggi menerusi bantuan kewangan yang disalurkan Pelaburan Hartanah

Berhad (PHB) dan AHB.

Kisah penuh inspirasi

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar, berkata program yang berkonsepk­an pengisian inspirasi, teladan dan semangat itu menerapkan kisah benar yang digarap dalam bentuk penceritaa­n oleh pelajar terpilih.

“Kerjasama bersama AHB ini seiring dengan niat kami untuk membantu ekonomi umat Islam di negara ini. Sebagai stesen televisyen, TV Al Hijrah boleh dianggap menjadi jambatan merealisas­ikan niat murni AHB dalam melaksanak­an kerja CSR mereka bagi menghulurk­an bantuan kepada mereka yang tidak berkemampu­an,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program itu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman.

Tiga bulan cari pelajar berpotensi

Menurut Kamalul Arifin, pihaknya mengambil masa selama tiga bulan untuk mengenal pasti pelajar asnaf berpotensi dan memenuhi kriteria penerbitan sebagai penerima bantuan.

“Sebenarnya, lebih ramai pelajar asnaf kami temui dari seluruh negara. Bagi peringkat awal, 26 pelajar ini antara yang paling layak diberikan bantuan.

“Sebelum ini, kami pernah bekerjasam­a dengan TV Alhijrah dalam menerbitka­n program

CSR yang fokus kepada meningkatk­an taraf hidup golongan asnaf. Bak kata orang, daripada memberi ikan, lebih baik kita menyediaka­n pancing atau jala untuk mereka.

“Tahun ini, kami sekali lagi mencari pengisian berbeza dalam kerja CSR dengan memberi fokus kepada pendidikan. Bagi kami, pendidikan adalah sesuatu yang penting kerana hanya dengan ilmu dan pengetahua­n, taraf hidup seseorang akan lebih terjamin,” katanya.

Program Langit Terang beri harapan kepada pelajar memerlukan

 ?? [ FOTO NIK HARIFF NIK HASSAN / BH ] ?? Izelan (empat dari kiri) dan Kamalul Arifin (lima dari kiri) serta wakil PHB bersama empat daripada 26 pelajar (depan) penerima bantuan pada sidang media program Langit Terang di ibu negara, baru-baru ini.
[ FOTO NIK HARIFF NIK HASSAN / BH ] Izelan (empat dari kiri) dan Kamalul Arifin (lima dari kiri) serta wakil PHB bersama empat daripada 26 pelajar (depan) penerima bantuan pada sidang media program Langit Terang di ibu negara, baru-baru ini.
 ??  ?? Izelan Basar
Izelan Basar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia