Berita Harian

Menarik TV Hari Ini

-

BIDADARI → Cinta Kau Dan Aku

Hari pertama bekerja, Farisya membuat kesilapan kerana berbual terlalu lama dengan rakan sekampung yang ditemuinya ketika sarapan di warung. Dia didenda oleh Fariz supaya menyusun kertas, lalu tertidur. Akibatnya, dia dimarahi Fariz. Farisya merajuk dan mahu berhenti kerja, tetapi dia menukar fikiran selepas dipujuk Fariz.

TV1, 3.05 petang

Pelakon: Sara Ali, Fizz Fairuz, Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF, Mustafa Kamal.

AKASIA → Suamiku Paling Sweet

Sebaik saja sampai di rumah Fathma, Qisya diajak untuk ke lapangan terbang. Fathma memberitah­u, ada seseorang mesti ditemui Qisya di sana.

TV3, 6.58 petang

Pelakon: Syafiq Kyle, Mawar Rashid, Fazren Rafi, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Aedy Ashraf.

AZALEA → Dendam Semalam

Linda gembira kerana akhirnya dapat berjumpa semula dengan Farizal.

Dia bagaimanap­un kecewa kerana lelaki itu seakanakan sudah melupakan janjinya. Farizal juga merahsiaka­n daripada Linda cerita dirinya akan berkahwin.

TV3, 2petang

Pelakon: Iqram Dinzly, Azwan Kombos, Adiba Yunus, Nina Iskandar, Fadlan Hazim, Esma Daniel, Kuza, Sasqia Dahuri.

SKRIN DI 9 → Perempuan Di Hujung Kampung

Umar Ariffin ialah wartawan yang menghadapi tekanan perasaan selepas kecewa dalam percintaan. Keadaan itu menyebabka­n prestasi kerjanya merudum. Pada masa yang sama, dia diminta untuk menyiapkan satu tugasan penting.

TV9, 8.32 malam

Pelakon: Amar Asyraf, Chacha Maembong, Marissa

DRAMA BERSIRI MELAYU → Wasiat Rindu

Mengisahka­n dugaan dan perjalanan hidup yang terpaksa dilalui seorang gadis selepas mengetahui pekerjaan sebenar ibunya. Aisyah ialah seorang pelayan dan penari kabaret di sebuah kelab. Dia mula sedar dan insaf atas segala dosa dilakukan selama ini, tetapi gagal membebaska­n diri daripada kongkongan serta kawalan Tobeng, iaitu ketua kumpulan samseng terkenal di Ipoh.

TV2, 2 Petang

Pelakon: Tunku Hanis, Adam Shah, Mazlan Tahir, Zarynn Min.

→ Mamarazzi

Percutian di sebuah kawasan rekreasi menjadi mimpi ngeri kepada Odah, Ipah dan Eton apabila mereka tertangkap gambar Mat Tahir yang sedang bercengker­ama dengan kekasihnya.

Astro Prima, 12 tengah hari Pelakon: Syanie, Anne Ngasri, Leez Rosli, Norman Hakim, Jasmin Hamid.

 ??  ?? Sara Ali
Sara Ali
 ??  ?? Amar Asyraf Yasmin, Fadilah Mansor.
Amar Asyraf Yasmin, Fadilah Mansor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia