Berita Harian

Akhirnya Pak Pong masuk panggung

Filem komedi fantasi arahan Fauzi Nawawi temui penonton selepas lima tahun

-

Sebagai buah tangan pertama daripada Fauzi Nawawi, filem tentunya berdepan cabaran besar sebelum ia dapat ditayangka­n kepada umum, mulai 23 Februari ini.

Menjalani penggambar­an sekitar 2012, naskhah sulung arahan pelakon berbakat itu tertangguh tayanganny­a kira-kira lima tahun.

Justeru, apabila karya bercorak komedi fantasi terbitan 9 Country Creativity Sdn Bhd, yang menggandin­gkan pelakon Hairul Azreen dan Siti Saleha itu akhirnya bakal memasuki panggung, sudah tentu Fauzi kini mampu menarik nafas lega apabila hasil tangannya dapat juga ditonton.

Hadapi masalah kewangan

Ditemui pada majlis tayanganny­a, kata Fauzi, filem berkenaan mengambil tempoh yang lama untuk disiapkan disebabkan oleh kekangan kewangan, selain penelitian terhadap teknik imej janaan komputer (CGI).

Naskhah terbabit menggunaka­n lebih 30 peratus teknik CGI, yang seterusnya menambahka­n lagi kos produksi, menjadikan belanja keseluruha­n filem itu mencecah RM3 Juta.

“Kami tidak berputus asa untuk terus mencari dana agar filem ini dapat disiapkan juga. Antara usaha itu termasukla­h dengan mendapatka­n bantuan dalam bentuk geran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bagi menyiapkan

CGI dalam filem ini.

“Ketika membuat kerangka cerita, saya tidak membayangk­an Pak Pong akan menggunaka­n banyak kesan khas. Namun, bagi membezakan alam nyata dengan alam bunian, produksi memutuskan teknik CGI perlu digunakan.

“Jadi proses menyiapkan CGI turut memakan masa yang agak panjang, apatah lagi apabila proses itu tertangguh kerana kami tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyiapkan­nya. Namun, apabila siap dan filem ini dapat masuk ke pawagam, saya bersyukur kerana penat lelah seakan berbayar,” katanya.

Tampil beberapa bintang lama

Meskipun begitu, menurut Fauzi, selepas lima tahun filem terbabit terperap, beliau tidak mengharapk­an apa-apa kecuali ia mampu memberikan hiburan buat orang ramai.

“Apabila ditayangka­n di pawagam nanti, diharapkan penonton dapat memberi sokongan dan terhibur dengan jalan cerita yang dipersemba­hkan,” katanya.

Selain Hairul Azreen dan Saleha, Pak Pong turut dibantu oleh Badrul, Fauzi, Datuk Eizlan Yusof, Kazar Saisi, Izreen Azminda dan Rahim Sepahtu.

Filem berkenaan turut menyaksika­n kehadiran pelakon seperti Amber Chia, Jasmin Hamid, Saiful Apek, Shawal AF dan Lisdawati sebagai penampilan khas.

Dua kerja sekali gus

Menggalas dua tanggungja- wab iaitu sebagai pelakon dan pengarah, bagi Fauzi, ia sememangny­a tugas berat.

Namun, pengalaman lebih 20 tahun dalam industri seni cukup buatnya untuk mengendali­kan keseluruha­n produksi.

“Apabila duduk di kerusi pengarah, saya tidak boleh berasa segan untuk menegur pelakon baharu mahupun seangkatan. Begitu juga ketika saya berlakon, saya perlu menerima setiap teguran yang diberikan pengarah.

“Menerusi filem ini juga, saya memberi ruang kepada ramai pelakon lama untuk muncul di layar perak. Ketika ini, rata-rata pelakon baharu saja lebih diberi peluang untuk berlakon filem, manakala orang lama seakan-akan dipinggirk­an.

“Saya bertuah kerana mendapat pelakon yang hebat. Walaupun menampilka­n seramai 24 pelakon, pengalaman masing-masing memudahkan saya mencorakka­n lakonan mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia