Berita Harian

TUAH ERNIE

Sering berkongsi ilmu, dapatkan nasihat mengenai industri hiburan daripada ibu dan bapa saudara, Ziana serta Anuar Zain

-

Mungkin ramai tidak tahu, juara program realiti Duo Star, Ernie Zakri, 24, memiliki pertalian darah dengan penyanyi dua beradik, Ziana dan Anuar Zain.

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah perumpamaa­n keluarga berdarah seni ini.

Memiliki ibu dan bapa saudara bergelar superstar, Ernie yang sebelum ini muncul Juara Bintang

RTM 2009, pasti mudah mendapatka­n tip daripada Anuar dan Ziana. Mengapa tidak, lihatlah pencapaian dua beradik itu dalam dunia seni, bukan calangcala­ng penyanyi mampu mempertaha­nkan reputasi gah seperti mereka.

Namun, apabila sudah mempunyai pertalian dengan orang ternama, isu nama dibayangi insan lain pasti menjadi perdebatan. Tidak cukup itu, pasti ada mulut nakal yang pantas membuat perbanding­an hingga tanpa disedari memberi tekanan kepada si empunya diri.

Lebih rapat dengan Anuar

Bertanya perkara itu kepada Ernie yang berganding dengan teman seangkatan, Syamel merebut trofi Duo Star, Ernie pantas menafikan perkara itu. Sebaliknya, gadis manis ini selesa bergerak sendiri atas bimbingan bapa dan ibu saudara kesayangan iaitu Anuar dan Ziana.

Menemui Ernie, gadis ini sekali pandang saling tak tumpah ibu saudaranya, Ziana yang dipanggil Mak Long.

Artis naungan FMC

Music yang popular dengan lagu Jangan Marah ini mengaku lebih rapat dengan Anuar yang dipanggil Pak Ngah berbanding Ziana.

“Mak Long lebih baik dengan mama saya.

Mak Long perangainy­a memang seperti kita tahu, sangat happy go lucky dan ‘gila-gila’. Pendek kata, macam ‘mak-mak’.

“Saya pula lebih akrab dengan Anuar kerana kebetulan kami belum berkahwin. Selalunya, ada masa saya dan Pak Ngah melepak sambil minum kopi. Selalulah kami lepak bersama.

“Cuma apabila Pak Ngah sibuk seperti sedang menyiapkan album, masa untuk bersama itu tiada,” katanya kepada HIP.

Jaga hubungan dengan wartawan

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri memberitah­u, Anuar tidak lokek berkongsi ilmu dan memberi nasihat mengenai industri hiburan.

“Kami banyak berbual mengenai pelbagai perkara yang terlintas di fikiran, selain hal ehwal dunia seni.

“Ramai orang tahu perilaku Pak Ngah yang baik dan sopan. Disebabkan itulah, dia selalu tekankan bagaimana hendak berkelakua­n sewajarnya terhadap orang lain termasuk peminat. Saya sangat memandang tinggi perkara ini.

“Tak kira siapa pun peminat kita, Pak Ngah selalu ingatkan supaya sentiasa menghargai jasa mereka. Itulah yang saya kena pegang sampai sekarang,” katanya.

Berbicara mengenai Ziana pula, Mak Longnya itu mempunyai pendekatan yang cenderung kepada ibu dan kakak.

“Selalu Mak Long akan pesan jaga diri. Dengan nada dan celoteh dia bercakap saya akan tersenyum. Itulah Mak Long yang saya dan anda kenali.

“Mak Long selalu cakap bukan senang nak membuktika­n bakat dalam industri. Semuanya bukan dengan jalan mudah. Mak Long jugalah yang akan pesan makan minum dijaga, selain kesihatan,” katanya.

Ziana juga berpesan supaya hubungan dengan wartawan perlu baik.

“Perkara yang Mak Long leter inilah yang perlu saya tahu. Saya masih baharu dan pengalaman Mak

Long amat berharga untuk dikongsi. Saya bertuah kerana ada Mak Long dan Pak Ngah yang beri nasihat selok-belok dunia hiburan

“Mak Long juga selalu hubungi emak dan berpesan itu ini kepada saya,” katanya.

Tambah Ernie, setiap kali tiba Syawal, mereka sekeluarga akan berkumpul.

“Selalunya, rumah Tok Andak iaitu Pak Zain di Shah Alam akan jadi lokasi semua saudara mara dan adik-beradik berkumpul. Waktu lain semuanya sibuk dengan kerja hingga tak sempat bersua,” katanya.

Tahun 2017 menyaksika­n permulaan yang baik buat Ernie kerana menjadi juara Duo Star bersama Syamel. Hampir lapan tahun berkecimpu­ng dalam industri, Ernie mengaku, laluannya bukan mudah.

“Tahun ini, genap lapan tahun saya menjadi anak seni. Saya percaya rezeki itu ada di manamana. Lambat atau cepat, bukan kuasa kita.

“Jika diikutkan, saya memang sudah lama dalam industri seni. Tempoh ini sudah dikira matang. Memang momentun seni saya perlahan kerana saya melalui banyak perkara,” katanya.

Lancar single dengan Syamel

Ernie mengaku dalam tempoh sama, dia masih belajar vokal dan melatih individu yang mahu men- dalami bakat nyanyian.

“Cuma pada akhir tahun lalu, penyertaan saya dalam Duo Star membangkit­kan semula perjalanan seni. Sebelum itu, single Jangan Marah juga diterima ramai,” katanya yang baru memiliki satu album penuh berjudul Sinaran.

Dalam perkembang­an lain, Ernie dan Syamel akan melancarka­n single Aku Cinta yang dirakamkan kira kira tiga minggu lalu. Lagu itu dicipta Syamel dan mengangkat genre balada yang sudah sebati dengan jiwa masing-masing.

“Lagu ini berkisar cinta yang tak kesampaian, namun perasaan itu akan hadir sampai bila-bila. Edry Abdul Halim bertindak sebagai penerbit,” katanya yang masih berbaki dua tahun kontrak bersama FMC Music.biodata.

Mak Long selalu cakap bukan senang nak membuktika­n bakat dalam industri. Semuanya bukan dengan jalan mudah. Mak Long jugalah yang akan pesan makan minum dijaga selain kesihatan” Ernie Zakri, Penyanyi

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ]
 ??  ?? Syamel dan Ernie Zakri sebagai juara program Duo Star.
Syamel dan Ernie Zakri sebagai juara program Duo Star.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia