Berita Harian

FBM KLCI dijangka terus meningkat

-

Bagi prestasi mingguan, FBM KLCI mengakhiri dagangan minggu lalu 8.74 mata lebih tinggi kepada 1,707.68 mata berbanding minggu sebelumnya. Bagi minggu ini, FBM KLCI dijangka terus berada dalam aliran menaik walaupun berkemungk­inan berlaku kegiatan pengambila­n untung oleh pelabur. Paras rintangan bagi KLCI adalah paras 1,730 dan paras sokongan adalah 1,700.

Untuk FBM KLCI bergerak lebih tinggi, ia perlu memecah paras rintangan 1,730 yang terbentuk sejak Ogos 2015.

Dalam dagangan minggu lalu, FBM KLCI dibuka pada 1701.14 mata dalam dagangan Isnin dan melepasi paras rintangan psikologi 1,700 mata dan ditutup pada 1,710.24 , naik 11,30 mata (0.67 peratus). Jumlah dagangan adalah 2.47 bilion saham bernilai RM2.26 bilion.

Berbanding angka pada Jumaat minggu terdahulu, jumlah dagangan naik lapan peratus manakala nilai dagangan naik enam peratus.

Ini sejajar prestasi pasaran Asia yang mencatat keuntungan selepas fakta yang meyakinkan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai hubungan antara negara itu dan Jepun.

Kaunter untung termasuk BAT naik 3.52 peratus, CIMB (+1.77 peratus), HLFG (+1.46 peratus), YTL CORP (+1.31 peratus), VIS (+23.4 peratus). Kaunter yang rugi ialah RHB yang susut 0.78 peratus, Astro (-0.36 peratus) dan IHH (-0.02 peratus)

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk asing bersih adalah RM188.0 juta

Pada Selasa, FBM KLCI susut 1.34 mata untuk ditutup pada 1,708.90 mata.

Saham Asia turut susut

Kebanyakan saham Asia turut susut susulan sikap berhati-hati menjelang komen mengenai kenaikan kadar Rizab Persekutua­n AS yang akan datang.

Pada Rabu, FBM KLCI hanya meningkat 0.89 mata, atau 0.05 peratus kepada 1,709.79.

Jumlah dagangan 2.3 bilion saham bernilai RM2.55 bilion. Ia menyaksika­n pertumbuha­n lebih perlahan sebanyak 5.4 peratus dengan nilai perdaganga­n kekal kukuh berbanding hari sebelumnya.

Pada Khamis, FBM KLCI turun 2.20 mata atau -0.13% kepada 1,707.59. Jumlah dagangan 2.1 bilion saham bernilai RM2.34 bilion.

Pada Jumaat, FBM KLCI naik sedikit 0.09 mata untuk ditutup pada 1,707.68 mata. Jumlah dagangan mencecah 2.27 bilion bernilai RM2.45 bilion. Kedua-dua jumlah pasaran dan nilai masingmasi­ng menokok 8.17 peratus dan 13.2 peratus.

Dari segi sektor, Indeks Teknologi dan Indeks Perindustr­ian dan Pengeluara­n adalah antara indeks yang mencapai prestasi yang lebih baik.

Aliran masuk asing bersih

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran masuk asing bersih pada Jumaat adalah di RM94.1 juta.

Kadar aliran keluar pelaburan asing menjadi perlahan kepada 1.8 peratus pada Januari, berbanding aliran keluar bersih 2.4 peratus pada Disember 2016, menurut RAM Ratings.

Menurut agensi penarafan itu, pegangan asing dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) masih ketara pada 46 peratus daripada jumlah pegangan (Disember 2016: 47.1 peratus).

Selain itu, permintaan asas bagi pelaburan jangka panjang masih utuh. Ini adalah akibat daripada kadar keluaran wang asing yang sederhana.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia