Berita Harian

Keuntungan kasar kumpulan ECS kekal mendatar

-

ECS ICT Bhd ialah syarikat induk pegangan pelaburan yang berpangkal­an di Malaysia.

Menerusi beberapa anak syarikatny­a, ia terbabit dalam pengedaran produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penyediaan perkhidmat­an dan sistem ICT serta peruntukan pengurusan, kewangan, perakaunan, pergudanga­n dan perkhidmat­an logistik.

Ia menawarkan produknya kepada ejen penjual semula, termasuk komputer peribadi (PC), komputer riba, pencetak, pengimbas, perisian dan peranti lain.

Pengedaran ICT dijalankan oleh anak syarikatny­a, ECS ASTAR Sdn Bhd, yang menyediaka­n rangkaian perkhidmat­an kepada kira-kira 2,000 penjual semula di Malaysia.

Sistem ICT dijalankan oleh anak syarikatny­a, ECS Pericomp Sdn Bhd, yang menyediaka­n rangkaian perkhidmat­an kepada kirakira 500 penjual semula di Malaysia.

Perkhidmat­an ICT, termasuk perkakasan sokongan, penyelengg­araan dan pembaikan, serta integrasi sistem, termasuk perundinga­n, pereka bentuk rangkaian, pemasangan peralatan dan perisian serta pelaksanaa­n dan pengurusan sistem ICT.

Kumpulan mencatatka­n prestasi kewangan yang sangat baik pada suku keempat 2016 dengan pendapatan RM551.6 juta. Ini adalah peningkata­n sebanyak 11.1 peratus tahun ke tahun.

Peningkata­n jualan komputer bimbit dan telefon pintar serta jualan yang lebih tinggi untuk segmen rangkaian peralatan dalam Sistem Enterprise, menyumbang peningkata­n dalam jumlah pendapatan kumpulan.

Suku terbaik bagi ECS

Jualan telefon pintar oleh ECS, yang dirangsang­kan oleh jualan iphone Apple pada suku keempat menjadikan suku berkenaan adalah suku terbaik bagi ECS secara konsisten. Faktor perayaan, bayaran bonus, cukai dan perbelanja­an korporat bagi peruntukan bajet untuk tahun berkenaan.

Bagaimanap­un, keuntungan kasar kumpulan adalah kekal mendatar untuk perbanding­an tahun ke tahun.

Persekitar­an daya saing yang kompetitif dalam segmen Sistem Enterpris, menekan margin keuntungan dan menyebabka­n penurunan untung kasar, walaupun ECS mencatat pendapatan lebih tinggi berbanding suku keempat 2015.

Dari segi prestasi tahunan, ECS mencatatka­n pendapatan RM1.823 bilion, 4.2 peratus berkuranga­n berbanding tahun kewangan 2015.

Kumpulan ECS mengisytih­arkan dividen akhir sebanyak 3.0 sen. ‘Ex-date’ untuk dividen adalah pada 30 Mei 2017 dan tarikh layak dividen pada 1 Jun 2017.

Kumpulan mengisytih­arkan jumlah dividen enam sen bagi tahun kewangan 2016 yang menjadikan nisbah pembayaran dividen 35.8 peratus dan diterjemah­kan kepada hasil dividen menarik 4.3 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia