Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mengakhiri minggu lalu lebih rendah, dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) mencatatka­n penurunan mingguan pertamanya dalam tempoh lima minggu.

Penurunan berlaku apabila pasaran mengambil kira peningkata­n aktiviti cari gali dan simpanan minyak AS, berbanding usaha pengeluar utama untuk mengurangk­an pengeluara­n bagi membendung lambakan global.

Syarikat tenaga AS menambah pelantar minyak buat minggu kelima berturuttu­rut, kata Baker Hughes.

Ia meneruskan pemulihan sembilan dengan pengeluar mendapat galakan daripada harga minyak mentah yang kukuh, berada melebihi AS$50 sejak hujung November lalu.

Di peringkat global, Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain, termasuk Russia, bersetuju untuk memotong pengeluara­n sehingga hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) pada separuh pertama tahun ini.

Anggaran membayangk­an tahap pematuhan OPEC adalah sekitar 90 peratus dan Reuters, Khamis lalu melaporkan bahawa OPEC akan melanjutka­n persetujua­n itu atau melaksanak­an lebih banyak pemotongan bermula Julai jika inventori minyak mentah gagal turun dengan banyak.

Niaga hadapan Brent minggu lalu ditutup 16 sen, atau 0.3 peratus kepada AS$55.81 satu tong.

Sementara, minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) di AS berakhir menokok empat sen pada AS$53.40 satu tong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia