Berita Harian

Tempias dasar Trump terus pengaruhi bursa serantau

-

Kebanyakan pasaran Asia mencatatka­n penurunan pada akhir dagangan minggu lalu apabila pelabur mengaut untung berikutan kenaikan kukuh sejak minggu lalu dan lonjakan Wall Street yang dicetuskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mula sampai ke penghujung.

Pasaran ekuiti di seluruh dunia meningkat mendadak sejak Trump, minggu lalu berjanji memperkena­lkan pakej pembaharua­n cukai ‘luar biasa’ tidak lama lagi.

Ia meningkatk­an harapan Trump akan meneruskan pelbagai rancangan untuk membangkit­kan ekonomi AS.

Kenyataan itu menjadi pencetus kepada tiga indeks utama Wall Street mencatatka­n rekod tertinggi lima hari berturut-turut, dengan sokongan juga datangnya daripada penilaian memberangs­angkan Pengerusi Rizab Persekutua­n (Fed), Janet Yellen berhubung tinjauan terhadap AS dan memberi isyarat kenaikan kadar faedah bulan depan.

Bagaimanap­un, penganalis­is berkata di sebalik minggu memberangs­angkan untuk pasaran, masih wujud banyak perkara yang tidak menentu khususnya, minggu awal Trump bertugas diselubung­i dengan kontrovers­i, yang terbaru adalah hubunganny­a dengan Russia.

“Landskap politik semasa dijangka tidak berubah dalam masa terdekat ini, mahu pun perbahasan mengenai dasar cukai, fiskal dan Fed,” kata peniaga kanan OANDA, Stephen Innes.

“Justeru, kami menjangkak­an pasaran akan berdepan tekanan baharu dan akan diuji hebat beberapa minggu akan datang,” katanya dalam satu komentar.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Peniaga melihat paparan harga saham di pasaran saham New York.
[ FOTO REUTERS ] Peniaga melihat paparan harga saham di pasaran saham New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia