Berita Harian

Kedai sate bergerak dapat sambutan

Lulusan IKBN guna konsep ‘food truck’ pilih menu tradisi perluas perniagaan dimulakan bapa

- Oleh Attirmidzi­e Rahman bhkb@bh.com.my

Biasanya konsep perniagaan menggunaka­n trak atau food truck yang menjadi aliran masa kini, lebih mengutamak­an makanan Barat atau juadah yang namanya jarang didengar bagi menarik perhatian pelanggan.

Namun, Wan Mohd Asrul Wan Ahmad, 29, dari Tanah Merah, dekat sini pula memilih sebaliknya apabila mengetenga­hkan sate sebagai menu utama perniagaan trak makanan yang diusahakan­nya.

Hasrat memperluas­kan perniagaan sate diusahakan bapa, Wan Ahmad Wan Ismail, 67, di sebuah restoran di Lebuh Raya Machangtan­ah Merah sejak lebih 11 tahun lalu itu sebenarnya tertanam sejak beliau tamat belajar di sebuah institusi kemahiran pada 2010.

Bekas pelajar IKBN

“Habis sahaja belajar di Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKBN) Bachok, saya berazam mempunyai sebuah trak untuk mengembang­kan perniagaan sate diusahakan bapa yang juga pesara guru.

“Impian saya termakbul apabila Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menawarkan trak makanan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Dengan sewa serendah RM1,700 sebulan selama lima tahun sebelum trak menjadi hak milik kita sepenuhnya, saya tidak melepaskan peluang berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Jika sebelum ini sate hanya boleh didapati di restoran atau warung, beliau berjaya melakukan kelainan dengan mengubah suai trak makanan yang dapat menyediaka­n sate kepada pelanggan.

Bermula 12 Februari lalu, Wan Mohd Asrul bersama sembilan peniaga lain beroperasi menggunaka­n trak atau karavan bernilai RM80,000 di lokasi yang disediakan KADA, iaitu Dataran Rehal, di sini.

Inisiatif KADA

Inisiatif KADA itu juga yang pertama di Kelantan berupaya membantu peserta memperoleh pendapatan bersih sehingga RM5,000 sebulan.

Wan Mohd Asrul melakukan pengubahsu­aian pada traknya dengan kos RM1,500, termasuk menambah ruang untuk membakar sate dalam kenderaan berkenaan, sekali gus dapat menjimatka­n masa selain mengurangk­an kerja pemunggaha­n.

“Alhamdulil­lah, perniagaan mendapat sambutan sejak beberapa hari saya beroperasi di Dataran Rehal,” katanya yang kini dalam proses menyediaka­n menu terbaru, iaitu kambing golek.

Pelanggann­ya, Muhamad Izwan Ahmad Azmi, 26, menyifatka­n sate Wan Mohd Asrol bukan sahaja enak, terutama kuah kacangnya, tetapi juga dijual pada harga amat berpatutan.

 ?? [FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] ?? Pengunjung membeli pelbagai jenis makanan yang dijual ‘food truck’ di Dataran Rehal, Kota Bharu.
[FOTO SYAMSI SUHAIMI/BH] Pengunjung membeli pelbagai jenis makanan yang dijual ‘food truck’ di Dataran Rehal, Kota Bharu.
 ??  ?? Wan Mohd Asrul (tengah) bersama bapanya, Wan Ahmad Wan Ismail, (kiri) dibantu ahli keluarga membakar sate di atas trak makanan.
Wan Mohd Asrul (tengah) bersama bapanya, Wan Ahmad Wan Ismail, (kiri) dibantu ahli keluarga membakar sate di atas trak makanan.
 ??  ?? Pengunjung menikmati sate di Dataran Rehal, Kota Bharu.
Pengunjung menikmati sate di Dataran Rehal, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia