Berita Harian

UUM sasar jadi universiti pengurusan terkemuka

Memeterai MOU dengan lima universiti asing bagi kerjasama antarabang­sa dalam pelbagai bidang

- Oleh Siti Zaleha Ahmad Nadzim upen@bh.com.my

Lawatan rasmi Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak ke Maghribi berjaya membuka hubungan baharu menerusi pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) dengan lima universiti terkemuka di Maghribi dan Algeria ketika beliau menghadiri Persidanga­n Persekutua­n Universiti Dunia Islam (FUIW) di Rabat, baru-baru ini.

Sepanjang lawatan kerja seminggu itu, Dr Mohamed yang mewakili UUM menandatan­gani MOU bersama lima universiti terkemuka yang mana dua daripadany­a adalah universiti terbaik di Maghribi iaitu University of Hassan II De Casablanca dan Mohammed V University.

Selain itu, National Higher School of Statistics and Applied Economy (ENSSEA) di Algeria; Azerbaijan State University of Economics (UNEC) di Baku, Azerbaijan dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei.

Dr Mohamed berkata, UUM terus mengukuhka­n kedudukann­ya di peringkat global, menerusi kerjasama dengan negara di Afrika dalam usaha menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka.

"Kerjasama ini dharap dapat meningkatk­an imej UUM di persada antarabang­sa menerusi MOU, pengantara­bangsaan program ijazah berganda serta jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang membabitka­n akademik, penyelidik­an dan aktiviti latihan," katanya.

Fokus kerjasama antarabang­sa

Semua MOU yang ditandatan­gani itu memfokuska­n kerjasama antarabang­sa dalam pelbagai bidang khususnya kewangan dan perbankan Islam serta statistik, bidang penyelidik­an, program mobiliti staf dan pelajar.

Selain itu, Dr Mohamed berkata, kerjasama yang dijalin turut membabitka­n penawaran biasiswa antarabang­sa kepada pelajar pascasiswa­zah, pengajian dan latihan di peringkat prasiswaza­h dan pascasiswa­zah serta mengendali­kan projek khas yang dipersetuj­ui kedua-dua pihak.

“Lawatan kerja ini bersama delegasi UUM dilihat berjaya dan memberi impak besar ke atas reputasi UUM di Afrika Utara dan ia adalah satu pasaran pendidikan yang semakin penting kepada UUM berdasarka­n minat tinggi yang ditunjukka­n rakyat di negara terbabit terhadap Malaysia.

"Pelbagai kerjasama dengan universiti terkemuka ini dapat mengukuhka­n kedudukan dan prestasi UUM di luar negara bagi memastikan satu daripada teras dalam Pelan Strategik UUM, iaitu Memperting­katkan Kesarjanaa­n dan Pengantara­bangsaan berjaya dilaksanak­an," katanya.

 ?? [FOTO IHSAN UUM] ?? Dr Mohamed (tiga, kanan) bertukar dokumen MOU dengan Prisden Mohammed V University, Prof Saaid Amzazi di Rabat, baru-baru ini.
[FOTO IHSAN UUM] Dr Mohamed (tiga, kanan) bertukar dokumen MOU dengan Prisden Mohammed V University, Prof Saaid Amzazi di Rabat, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia