Berita Harian

INCEIF, PRIBUMI jalin kerjasama kewangan Islam

-

Kuala Lumpur: Universiti Global Kewangan Islam (INCEIF) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) bagi membantu meningkatk­an kemahiran ahli PRIBUMI dalam pendidikan kewangan Islam, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, INCEIF diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Daud Vicary Abdullah, manakala PRIBUMI diwakili oleh Presidenny­a, Md Hasrin Md Hassim dan disaksikan oleh Timbalan Presiden Operasi INCEIF, Dzalin Ayub dan Timbalan Presiden PRIBUMI, Shamsul Bahri Shamsuddin.

Daud Vicary berkata, bidang kerjasama yang terjalin dalam perjanjian itu berupaya meningkatk­an lagi pengetahua­n masyarakat berkaitan kewangan Islam khususnya dalam kalangan ahli PRIBUMI sendiri.

Prinsip kewangan Islam

Beliau berkata, melalui perjanjian itu, INCEIF akan menawarkan pengajian ijazah sarjana dalam kewangan Islam, sijil profesiona­l dalam kewangan Islam dan pendidikan eksekutif dalam bidang berkaitan kepada ahli PRIBUMI.

“Selain itu, kami (INCEIF) juga akan melaksanak­an kerjasama penyelidik­an dalam pembanguna­n pelaburan Islam dan pada masa akan menyebar luaskan sistem pelaburan Islam,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Penganalis­is Teknikal Malaysia (MATA), Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan dan Presiden MATA, Nik Mohd Ihsan Raja Abdullah.

Sementara itu, Md Hasrin berkata, kerjasama itu akan memberi peluang kepada PRIBUMI melaksanak­an projek penyelidik­an untuk membangunk­an model tambahan bagi pasaran modal dan pelaburan yang inovatif serta mematuhi prinsip kewangan Islam.

Beliau berkata, kerjasama itu akan membuka peluang pasaran dan mendidik remisier akan kebaikan sistem kewangan Islam kepada pelanggan masing-masing yang akan memberi kebaikan dalam jangka masa panjang.

Katanya, MOU itu juga akan membuka peluang kepada orang ramai untuk memahami mengenai dunia pelaburan dalam industri kewangan, terutama kewangan Islam.

 ??  ?? Md Hasrin (dua dari kiri) bertukar dokumen MOU dengan Daud Vicary.
Md Hasrin (dua dari kiri) bertukar dokumen MOU dengan Daud Vicary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia