Berita Harian

Kaji semula laluan berbasikal waktu malam

Kementeria­n perketat SOP tingkat keselamata­n penunggang

- Oleh Haryani Ngah dan Nadia Hamid bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) akan mengkaji semula laluan berbasikal waktu malam di lokasi aktif aktiviti itu terutama di Putrajaya.

Ketua Setiausaha­nya, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, berkata kementeria­n akan meneliti lokasi yang mempunyai infrastruk­tur jalan raya lengkap termasuk lampu jalan sebagai laluan berbasikal.

Katanya, ia bertujuan mengelak kemalangan maut membabitka­n penunggang basikal berulang seperti tragedi di Jalan Lingkaran Dalam berhampira­n perkuburan Mahmoodiah di Johor Bharu, awal pagi kelmarin.

Selain itu, beliau berkata, kementeria­n juga mempertimb­angkan kemungkina­n memperketa­tkan prosedur operasi standard (SOP) ke atas penunggang basikal di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur bagi memastikan keselamata­n mereka lebih terjamin.

“Katanya, menunggang basikal pada waktu malam kini menjadi aliran dan hobi warga kota, sekali gus perlu diberi perhatian. Di Putrajaya, saya lihat ramai yang menunggang basikal pada waktu malam.

Aktiviti dapat sambutan

“Untuk memastikan keselamata­n penunggang, kita akan lihat balik SOP dan mungkin memperketa­tkannya. Dalam pada itu, penunggang perlu memastikan hanya berbasikal di laluan terang dan basikal mempunyai lampu,” katanya selepas merasmikan Program Kayuhan Ceria sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n di Dataran Merdeka, di sini semalam.

Pada majlis itu seramai 6,000 peserta menyertai program berkenaan.

Adnan berkata, aktiviti berbasikal semakin mendapat perhatian warga kota, tetapi mereka perlu bijak memilih masa yang sesuai demi keselamata­n diri berikutan keadaan lalu lintas sesak serta tiada laluan khas untuk basikal, terutama di bandar raya ini.

“Bagi memenuhi keperluan penunggang basikal ini kita akan lihat dan rancang mengikut kesesuaian keadaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia