Berita Harian

60,000 tan padi terdedah serangan karah

10 peratus daripada 100,685 hektar sawah MADA dikhuatiri diserang penyakit

- Oleh Suzalina Halid

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjangkak­an lebih 60,000 tan padi di sawah miliknya bagi penanaman musim kedua, berisiko terjejas berikutan serangan penyakit karah batang dan tangkai.

Pengerusin­ya, Datuk Othman Aziz, berkata sehingga kini, 10 peratus daripada 100,685 hektar sawah MADA dikhuatiri diserang penyakit itu yang berisiko memberi kesan kepada hasil pengeluara­n.

“Penyakit ini hanya boleh dikesan selepas serangan berlaku, ada yang memberi kesan kepada hasil padi. Sememangny­a pola tuaian musim kedua lebih rendah berbanding musim satu.

“Karah hanya dapat dikesan apabila ia sudah menyerang, tidak berkesan lagi walaupun diracun,” katanya mengulas desakan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar supaya kerajaan membayar ganti rugi kepada pesawah terjejas akibat penyakit itu.

Kerugian besar

Difahamkan, penyakit karah batang dan tangkai itu mengakibat­kan pesawah di Kampung Lubuk Keriang, kerugian besar apabila hasil jualan padi ke kilang dipotong sehingga 50 peratus.

Othman berkata, industri padi negara, termasuk MADA sememangny­a tidak diperuntuk­kan bayaran ihsan bagi menghadapi malapetaka kerana penyakit padi, kecuali akibat bencana alam sahaja.

“Bagaimanap­un, kita ada pasukan yang boleh memberi nasihat dan maklumat mengenai punca masalah ini, sama ada berkait rapat dengan kelembapan tanah dan penggunaan racun,” katanya.

 ??  ?? Othman Aziz
Othman Aziz
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia