Berita Harian

Ulat tiket bola kembali aktif, kaut untung besar

-

Kota Bharu: ‘Ulat tiket’ yang mengaut untung besar menjual tiket perlawanan bola sepak membabitka­n pasukan negeri ini pada harga lebih tinggi berbanding harga di kaunter, kembali aktif di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.

Tinjauan di pekarangan stadium itu kelmarin mendapati ulat tiket mendekati pembeli dan menawarkan harga tiket perlawanan sehingga RM25 berbanding harga biasa hanya RM16.

Seorang peminat bola sepak yang mahu dikenali sebagai Azim, 23, berkata dia hampir menjadi mangsa ulat tiket ketika mahu menyaksika­n perlawanan bola sepak di stadium itu.

Perlu dipantau

“Saya tidak dapat membeli tiket di kaunter kerana sudah habis dijual. Beberapa individu menghampir­i saya, menawarkan tiket perlawanan di luar pekarangan stadium dan saya hampir membeli sebelum dinasihatk­an rakan supaya tidak membelinya.

“Saya berharap ada pihak penguat kuasa berkaitan ditempatka­n di pekarangan stadium setiap kali ada perlawanan bagi mengelak kes penipuan didalangi ulat tiket,” katanya.

Penjual makanan, Asiah Majid, 40, berkata ulat tiket mula operasi di sekitar pekarangan stadium bermula pada jam 3 petang pada hari perlawanan membabitka­n pasukan Kelantan.

Ulat tiket muncul selepas kaunter ditutup

“Kebiasaann­ya mereka muncul sebelah petang selepas kaunter tiket yang dibuka jam 9 pagi sudah ditutup,” katanya.

“Mereka akan menghampir­i pengunjung yang tidak sempat membeli tiket yang biasanya habis dijual di kaunter menjelang jam 2 petang.

“Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan awal dengan membuat serbuan pada perlawanan akan datang.

“Pada perlawanan membabitka­n pasukan Kelantan semalam (kelmarin), kelihatan ramai ulat tiket yang aktif,” katanya.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Ulat tiket beroperasi di luar stadium bermula jam 3 petang.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Ulat tiket beroperasi di luar stadium bermula jam 3 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia