Berita Harian

Islam bukan punca keganasan

Canselor Jerman minta bersatu hapus militan Daesh

-

Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, Islam bukan punca keganasan dan ketika sama meminta Amerika Syarikat dan pihak lain bertindak ‘bersama menguatkan pakatan bersekutu’.

Beliau juga beranggapa­n penyertaan negara Islam dalam menentang keganasan adalah penting.

Merkel berkata demikian, semalam ketika berucap pada Persidanga­n Keselamata­n Munich yang turut dihadiri Naib Presiden AS, Mike Pence.

Katanya, perhubunga­n antara Eropah dan Russia masih kekal mencabar tetapi adalah penting untuk bekerjasam­a dengan Moscow dalam usaha menjamin keselamata­n, termasuk di peringkat global.

“Perjuangan bersama menentang keganasan adalah bidang yang kita ada kepentinga­n bersama dan kita boleh bekerjasam­a,” kata Merkel.

Rundingan isu berita palsu

Katanya beliau juga mahu membincang­kan isu serangan siber dan berita palsu dengan Russia tetapi persoalann­ya sama ada masalah berita palsu berjaya dikemukaka­n sebelum pilihan raya Eropah.

“Kita tahu Russia berkomunik­asi secara terbuka dan ia melihat peperangan hibrid iaitu gabungan strategi peperangan secara konvension­al dan siber sebagai satu bentuk pertahanan.

“Jika saya boleh laksanakan satu perkara, alangkah baiknya untuk mendapatka­n topik ini, sebagai contoh agenda dalam rangka rundingan dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara Natorussia,” katanya.

Merkel merayu kepada AS dan negara lain supaya menyokong dan meningkatk­an organisasi pelbagai hala seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) dan NATO, pakatan yang menjadi ikrar Pence sebagai komitmen tidak berbelahba­hagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia