Berita Harian

LISA MARIE

Dibelenggu soal hutang

-

Los Angeles: Anak mendiang Elvis Presley, Lisa Marie menggambar­kan dirinya dibelenggu hutang dan baru keluar dari menerima rawatan, dalam dokumen mahkamah yang turut menuduh suami keempatnya mempunyai beratus-ratus gambar kanak-kanak yang ‘tidak senonoh’ dalam komputerny­a.

Anak kembar perempuann­ya berusia lapan tahun berada di pusat perlindung­an kanak-kanak California, menurut dokumen yang difailkan pada bulan ini di Mahkamah Tinggi California di Los Angeles berhubung tuntutan nafkah suaminya, Michael Lockwood.

Setakat ini, Lockwood belum didakwa atas apa-apa tuduhan dan peguamnya berkata tuduhan itu tidak tepat.

Dokumen mahkamah memberitah­u kisah pembaziran dan tuduhan penipuan yang tidak benar dibuat untuk Presley yang berusia 49 tahun dan hanya anak satu-satunya mendiang Elvis Presley dan bekas isteri kepada Michael Jackson dan Nicolas Cage.

Rakaman tidak senonoh

Sehingga kini tidak jelas mengapa dua beradik kembar itu berada dalam jagaan perkhidmat­an perlindung­an kanak-kanak.

Peguamnya tidak pula menjawab panggilan telefon untuk memberikan sebarang komen berkaitan keadaan anak Presley itu.

Presley berkata, dalam dokumen mahkamah beliau tinggal dengan anak perempuan sulungnya yang sudah dewasa dan menerima kemudahan rawatan atas sebab tidak dijelaskan sejak berpindah dari Tennessee ke California, hujung tahun lalu.

Beliau dan Lockwood tinggal berasingan pada Jun lalu selepas 10 tahun berkahwin.

Presley berkata, perbicaraa­n mahkamah berkaitan kanak-kanak dijadual diadakan pada Mac ini berhubung penemuan gambar dan rakaman video ‘tidak senonoh’ dalam komputer suaminya.

“Saya amat terkejut dan marah ketika melihat gambar berkenaan,” tulisnya dalam dokumen mahkamah.

Dalam pada itu, peguam Lockwood, Jeff Sturman berkata, anak guamnya menafikan ‚tuduhan sangat sensasi‘ dan ‘tidak tepat’ itu.

 ??  ??
 ??  ?? Lisa bersama Lockwood.
Lisa bersama Lockwood.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia