Berita Harian

AS mahu Beijing tekan Pyongyang

Korea Utara perludides­ak kembali berunding

-

Amerika Syarikat meminta China untuk memberi tekanan ke atas Korea Utara kembali ke meja rundingan bertujuan mencegah Pyongyang memajukan program senjatanya yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kementeria­n Perdaganga­n China, semalam berkata pihaknya mungkin menggantun­g semua import batu arang dari Korea Utara, bermula semalam.

Pengumuman itu adalah sebahagian daripada usaha Beijing untuk melaksanak­an sekatan antarabang­sa terhadap negara itu.

Pada awal bulan ini, Pyongyang melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana.

Secara telus

Ia juga cabaran secara langsung yang pertama terhadap masyarakat dunia sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengambil alih jawatan pada 20 Januari lalu.

Pentadbira­n Trump berkata, China perlu melakukan lebih banyak tekanan terhadap Pyongyang.

“Semua negara perlu melaksanak­an sepenuhnya dan secara telus semua resolusi Majlis Keselamata­n PBB yang berkaitan dengan Korea Utara,” kata jurucakap Jabatan Negara.

April lalu, China mengumumka­n ia akan menyekat Korea Utara daripada mengimport arang batu untuk mematuhi sekatan dikenakan PBB bagi tujuan menjejaska­n dana negara itu bagi program peluru berpandu dan nuklear.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia