Berita Harian

Petua rumah tangga kekal bahagia

Perkahwina­n wujudkan ketenangan dan terlindung daripada melakukan perkara negatif. Setiap pasangan perlu memiliki keimanan, peka tanggungja­wab dan sentiasa muhasabah selesaikan sengketa secara baik. Ikuti kupasan tajuk ‘40 Ayat al-quran Untuk Panduan Kelu

-

Hidup berpasanga­n adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptaka­n manusia berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).

Menyambung tajuk ‘40 Ayat alQuran Untuk Panduan Keluarga’ dalam rancangan Pesona D’ Zahra di IKIMFM, Ustaz Muhammad Abdullah al-amin menghuraik­an makna terkandung dalam yang dipetik dalam al-quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Di antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah adalah Dia menciptaka­n daripada sejenismu pasangan supaya (kamu) masing-masing memperoleh ketenteram­an daripadany­a (pasangan), dan dijadikann­ya di antara kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhn­ya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah al-rum ayat 21)

Jika diperhatik­an, antara tiga kata kunci dalam perkahwina­n digariskan dalam ayat itu ialah ‘litaskunu ilaiha’ yang membawa maksud orang yang berkahwin berasa terlindung dan dapat menjalani hidup dengan aman dan tenteram.

Dapatlah difahami, dasar pernikahan adalah ketenangan yang daripadany­a hubungan diharamkan antara lelaki dan perempuan menjadi halal selepas akad pernikahan. Ia menghubung­kan dua keluarga berbeza dengan tali per- saudaraan dan persahabat­an.

Menurut Muhammad, mengekalka­n ketenangan dalam rumah tangga satu cabaran yang sangat hebat dan perlu digalas sebaik mungkin. Ketenangan dalam rumah tangga tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya.

Umpamanya, suami yang mempunyai kuasa mutlak dalam keluarga seharusnya lebih bertolak ansur dan memahami keadaan isterinya untuk menempuh arus kehidupan zaman serba moden ini. Tekanan kerja dan kos kehidupan semakin mencabar.

Laksana amal soleh

Bagaimanap­un, ia bukanlah alasan mengabaika­n tanggungja­wab dan layanan kepada pasangan. Ada tiga syarat bagi mengekalka­n momentum ketenangan dalam rumah tangga dan yang pertama, memiliki keimanan mantap.

Suami isteri yang beriman akan melaksanak­an amal soleh dalam mengemudi bahtera rumah tangga sehingga lahirlah kehidupan tenang.

Beriman merujuk mereka yang percaya, patuh kepada suruhan dan meninggalk­an segala larangan-nya serta berjaya membentuk sifat kehambaan terhadap Allah SWT.

Dengan demikian, hati akan bersih daripada sifat mazmumah seperti takbur, dengki, ujub dan suka membanggak­an diri. Selanjutny­a, ia akan menimbulka­n keyakinan bahawa segala sesuatu itu tiada memiliki daya dan upa- ya kecuali dengan pertolonga­n Allah SWT.

Seterusnya, kedua-dua pihak perlu peka dengan tanggungja­wab masing-masing. Jika suami dan isteri menjalanka­n tugas yang diamanahka­n sebaiknya, tentu tidak akan berlaku pertelingk­ahan.

Suami perlu menjalanka­n tanggungja­wab dengan berkesan termasuk memberikan nafkah keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Berdosa bagi suami yang menahan nafkah terhadap orang di bawah tanggungan­nya.

Selain itu, suami perlu berani dan tegas membuat keputusan dan memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah SWT.

Selesai sengketa dengan baik

Kehidupan berumah tangga banyak dugaan seperti tidak sefahaman, sikap angkuh pasangan, campur tangan keluarga, penyakit, kewangan dan gagal menjalanka­n tanggungja­wab menjadi antara puncanya.

Justeru, dalam usaha mengekalka­n ketenangan, Islam menyaranka­n permasalah­an rumah tangga diselesaik­an dengan sebaik- baiknya. Jika ada persengket­aan, suami isteri perlu bermuhasab­ah untuk mencari pun- ca berlaku krisis.

Keikhlasan penting kerana manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru pasangan suami isteri disyariatk­an untuk saling mengingati antara satu sama lain dengan memberikan teguran secara beradab.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Keluarga saling menyayangi membentuk rumah tangga bahagia.
[FOTO HIASAN] Keluarga saling menyayangi membentuk rumah tangga bahagia.
 ??  ?? Ahmad Nazri Mohd Yusof Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm
Ahmad Nazri Mohd Yusof Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia