Berita Harian

Tanggungja­wab hamba mohon keampunan

-

Anas berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Yang Maha tinggi mengingatk­an: Wahai anak Adam! Selama mana kamu meminta kepada-ku dan mengharapk­an kepada-ku, selama itulah Aku mengampunk­an dosamu yang lalu dan Aku tidak pedulikan lagi dosa itu. Wahai anak Adam! Jika dosamu sampai setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-ku, akan Aku ampunkan kamu dan Aku tidak pedulikan lagi dosa itu. Wahai anak Adam! Jika kamu datang kepada-ku dengan dosa sepenuh isi bumi, tetapi kamu tidak mensyirikk­an Aku, Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi.” (Riwayat Tirmizi)

Istighfar selepas solat

Thaubah berkata, “Biasanya apa- bila Rasulullah SAW selesai sembahyang, Baginda membaca ‘Astaghfiru­llah’ yang bermaksud saya memohon ampun daripada Allah SWT sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda membaca doa: Wahai Tuhan, Engkau adalah penyelamat daripada setiap kebu- rukan, Engkau juga selamat daripada sebarang kekurangan. Semua bentuk keselamata­n datang daripada-mu. Engkau Maha Suci daripada sebarang kekurangan, wahai Tuhan yang memiliki sifat keagungan dan kemuliaan.” (Riwayat Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia