Berita Harian

Gadis Sabah mahir anyaman kraf

Manfaat ilmu warisan untuk jana pendapatan sara keluarga

- Oleh Bennie Zie Fauzi

Pembanguna­n produk kraf tangan dalam kalangan wanita, bukan sahaja mampu memelihara seni warisan bangsa, tetapi pada masa sama membantu mereka menjana ekonomi keluarga.

Bagi wanita dan gadis, dari Kampung Batu Lunguyan, Keningau, kepakaran membuat kraf hasil rimba seperti anyaman rotan yang diwarisi nenek moyang sejak lebih 50 tahun lalu, dibangunka­n penduduk setempat untuk menjana pendapatan sampingan.

Ketua Pengurus Bengkel Pusat Kraftangan Batu Lungunyan, Emily Jeneble@nurfarahin Abdulah, 36, berkata lebih 40 wanita dan gadis kampung itu memperoleh pendapatan menerusi pembanguna­n produk berkenaan.

Terbabit proses cari bahan

“Semua gadis terbabit bersamasam­a mencari buluh di hutan hinggalah ke proses menganyam buluh dan menjahit beg.

“Purata pendapatan diraih setiap wanita antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan bergantung kepada kerajinan ,” katanya.

Mereka ditemui ketika wakil BH mengikut lawatan ke kampung mereka anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sempena Hari Kraf Kebangsaan 2017 (HKK), baru-baru ini.

Kampung Batu Lunguyan, Keningau, antara terbabit dalam inisiatif Kraftangan menerusi Kraf Kampungku (KKK) untuk membangunk­an komuniti setempat di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Bilangan usahawan anyaman buluh di daerah berkenaan adalah 156 orang dengan pecahan usahawan buluh 89 orang, rotan (20), manakala usahawan logam 47 orang.

Emily yang juga pemilik Syarikat Seri Elf Enterprise berkata, kelebihan pembanguna­n produk setempat memudahkan urusan wanita kerana kerja menganyam, menjahit dan membuat beg boleh dilakukan sendiri sama ada di rumah atau bengkel.

“Mereka bebas melakukan tugasan itu mengikut kesesuaian mereka yang rata-rata memiliki anak kecil. Selain wanita, remaja berusia 18 tahun hingga 50 tahun, turut sama menyertai kami untuk mengasah bakat keusahawan­an menerusi kerja kraf tangan ini.

“Kami kerap menjalanka­n kursus bagi membolehka­n wanita ini memiliki pengetahua­n terkini mengenai gaya beg tangan terkini disukai pengguna dan warna mengikut aliran semasa,” katanya.

Manfaat media sosial

Memperluas­kan jaringan perniagaan dilakukan menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai medium berupaya meningkatk­an kira-kira 50 peratus perniagaan­nya.

“Dahulu, promosi produk kami hanya dilakukan dari mulut ke mulut atau menyertai HKK sahaja, Sekarang dengan tunjuk ajar dan bimbingan Kraftangan Malaysia, kami giat mempromosi­kan di media sosial,” katanya yang turut menerima tempahan dari luar negara seperti Itali dan Jerman.

Potensi kraf

Bagi Marcella Esan@hassan, 21, sungguhpun memiliki Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) tetapi beliau memilih untuk mendalami kerja kraf kerana yakin kraf boleh dibangunka­n menerusi perniagaan, selepas melihat potensi dan kejayaan dilakukan Emily dalam industri berkenaan.

Minat dan kemahiran yang ada membolehka­n beliau menjana pendapatan RM2,500 sebulan dengan membuat anyaman dan beg.

“Produk kraf setempat ini memberikan kemudahan kepada kami mengasah bakat. Lebih menarik apabila saya boleh menyara keluarga dan tinggal bersama ibu bapa di rumah, tanpa perlu ke tempat lain untuk bekerja,” kata anak ke lapan daripada 13 beradik.

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] ?? Emily (dua dari kiri) dan Marcella (dua dari kanan) bersama peserta bergambar dengan produk kraf tangan yang dihasilkan mereka.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] Emily (dua dari kiri) dan Marcella (dua dari kanan) bersama peserta bergambar dengan produk kraf tangan yang dihasilkan mereka.
 ??  ?? Proses menjahit beg dilakukan dengan teliti bagi menghasilk­an produk yang berkualiti.
Proses menjahit beg dilakukan dengan teliti bagi menghasilk­an produk yang berkualiti.
 ??  ?? Proses menganyam dilakukan dengan berhati-hati dan memerlukan fokus yang tinggi.
Proses menganyam dilakukan dengan berhati-hati dan memerlukan fokus yang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia