Berita Harian

PENA perlu sahut cabaran TN50

-

Angka 56 sangat besar untuk seorang manusia, begitu juga untuk persatuan penulis yang pada peringkat awalnya ditubuhkan untuk bersemanga­t kebangsaan dan berbeza den gan idealisme Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) yang ditubuhkan sebelum merdeka.

Gagasan penubuhan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) adalah mengangkat perpaduan, keperibadi­an, bahasa dan sastera kebangsaan menggunaka­n bahasa Melayu. Ditubuhkan di Universiti Malaya (UM) pada 12 Februari 1961, PENA menghimpun­kan pelbagai ‘pemikiran’ pada awal penubuhann­ya.

Tokoh budayawan, Azah Aziz; bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Aishah Ghani; aktivis teater Datuk Dr Mustapha Kamil Yassin atau lebih dikenali sebagai Kala Dewata; Sasterawan Negara

(SN), Datuk Usman Awang serta sarjana dan politikus, Dr Syed Husin Ali antara jawatankua­sa awal PENA yang berikrar menyatukan penulis dari semua jenis aliran pandangan dan tidak terikat kepada dasar politik kepartian.

PENA kelihatan sangat garang dan tegas pada usia awalnya sesuai dengan iklim semasa, iaitu idea penubuhan Malaysia dan baru sahaja empat tahun merdeka.

Bagaimanap­un hari ini, PENA banyak berubah wajah. Ia bukan satu kesalahan apatah lagi hari ini perihal sastera, budaya dan bahasa tidak menarik perhatian masyarakat secara keseluruha­nnya.

Sokongan, bantuan untuk PENA bermusim

Sokongan dan bantuan kepada PENA juga bersifat semusim dan jenuh pula meminta-minta, manakala penulis tidak semuanya berasakan PENA berguna kepada mereka.

Seperti kata Presidenny­a, Dr Mohamad Saleeh Rahamad dalam berpersatu­an perlu ada timbal balik, memberi dan menerima tetapi jika sebaliknya, sukar untuk persatuan terus hidup.

Jika diukur dari segi ‘apa PENA’ sudah buat, rasanya banyak yang perlu disenaraik­an. Satu daripadany­a adalah kerjasama dengan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dalam penerbitan buku karya asli.

Bagaimanap­un, apa yang perlu PENA buat sangat banyak, antara yang sepatutnya dibuat adalah usaha untuk memantapka­n lagi kedudukan sastera, budaya dan bahasa.

Ia bukan mudah apatah lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PENA. Namun, alang-alang berpersatu­an yang ditubuhkan dengan semangat luar biasa pada 1961, mengapa tidak kuatkan semangat dan redah cabaran di hadapan.

Misalnya Perhimpuna­n Penulis Muda yang kali terakhir diadakan pada 2011 dan menjadi antara identiti PENA sehingga kini belum ada khabar gembira.

Seperti disebut tadi, sastera, budaya dan bahasa kurang mendapat tempat sehingga mungkin kesukaran mendapat sokongan kewangan menyebabka­n ia payah diteruskan, sedangkan aktiviti sebegitu penting dalam mengumpul pandangan, pemikiran penulis atau penggiat sastera generasi muda.

Bagaimanap­un, untuk menjadikan alasan sedemikian sebagai sebab kepada agenda itu tertangguh juga pastinya tidak molek.

Satu lagi cabaran selepas pengenalan Program Dwibahasa (DLP) - yang sehingga kini perjuangan PENA mengikuti Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) tercungap-cungap.

Proaktif suarakan pandangan

Begitu juga Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang sudah tentu memerlukan pertubuhan seperti PENA untuk memberikan takrif pembinaan budaya dan memastikan­nya turut merangkumi sastera dan bahasa Melayu?

Mungkin sepatutnya PENA yang sebahagian ahli jawatankua­sanya adalah generasi muda yang belumpun mencecah usia pertengaha­n 30-an, perlu proaktif menyuaraka­n pandangan berhubung TN50.

Diakui perjuangan yang menanti PENA dan NGO seumpamany­a sangat mencabar, jalannya juga kelihatan berliku-liku.

Bagaimana PENA ingin melakukan dan dengan siapa PENA perlu berjabat tangan, tidak dapat dipastikan tetapi PENA semestinya tidak boleh membiarkan sastera, budaya dan bahasa Melayu tercicir dalam pelaksanaa­n TN50.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia