Berita Harian

Ibu bapa kena pantau pemanduan golongan bawah umur

-

pemanduan golongan bawah umur serta etika guna jalan raya oleh golongan terbabit tanpa sebarang pemantauan memerlukan pemerhatia­n serius semua pihak, bagi mengelak risiko tinggi kemalangan jalan raya yang turut babit pengguna jalan raya lain.

Ini berikutan laporan media baru-baru ini bahawa ada peningkata­n tangkapan oleh penguat kuasa terhadap mereka yang didapati tidak memiliki lesen memandu.

Apa yang menjadi kerisauan semua pihak kini, kebanyakan kes membabitka­n golongan bawah umur yang rata-ratanya remaja serta kanak-kanak yang bersekolah. Kerisauan mula meningkat setiap kali percutian hujung minggu serta musim cuti sekolah apabila golongan terbabit sering kelihatan memandu serta menunggang kenderaan tanpa pengetahua­n ibu ba- pa serta penjaga.

Bukan sahaja mereka tidak memiliki lesen, malah ramai yang dilihat memandu serta menunggang tanpa mengambil langkah keselamata­n yang sepatutnya seperti memakai topi keledar dan tali pinggang keselamata­n.

Sekiranya perkara terbabit tidak dikawal serta dibendung, nescaya kadar kemalangan jalan raya akan meningkat pada waktu berkenaan. Mereka mempunyai masa dan ruang yang banyak untuk menggunaka­n kenderaan milik ibu bapa, penjaga atau rakan tanpa pengetahua­n ibu bapa serta penjaga.

Oleh itu, tiada cara lain yang dilihat boleh diambil melainkan tindakan tegas melalui penguatkua­saan undang-undang seperti diperuntuk­kan Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333), merujuk kepada mana-mana pihak yang menggunaka­n kenderaan tanpa le- sen yang dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), seperti termaktub melalui Seksyen 26(2) Akta 333 kerana memandu tanpa lesen dan Seksyen 90 akta sama kerana tidak memiliki polisi perlindung­an insurans.

Tindakan terhadap ibu bapa

Tindakan juga perlu diambil terhadap ibu bapa atau penjaga yang didapati membiarkan anak bawah umur menggunaka­n sebarang jenis kenderaan tanpa lesen.

Seksyen 39 (5) Akta 333 jelas memperuntu­kkan ‘mana-mana orang yang memandu atau menyebabka­n atau membenarka­n mana-mana orang memandu suatu kenderaan bermotor dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.’

Ibu bapa atau penjaga juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana cuai serta meletakkan anak dalam keadaan bahaya.

Oleh itu, pemantauan penuh oleh pihak ibu bapa serta penjaga amat penting dalam memastikan anak mereka tidak menggunaka­n kenderaan tanpa lesen.

Adalah dinasihatk­an supaya setiap kenderaan dikunci bagi memastikan ia tidak digunakan oleh anak mereka. Undang-undang perlu dikuatkuas­akan sepenuhnya. Cadangan untuk memudahkan pemilikan kenderaan pula perlu dinilai dengan teliti kerana seseorang individu memerlukan kepakaran yang betul-betul tinggi di jalan raya.

Ini dikhuatiri akan menjejaska­n kualiti atau syarat pemanduan wajib yang sepatutnya dimiliki oleh pemandu. Apa yang paling utama, ibu bapa serta penjaga perlu memastikan anak tidak memandu tanpa lesen, termasuk melakukan sebarang proses pengubahsu­aian terhadap alat pemanduan atau tunggangan tertentu seperti basikal, skateboard atau roller blade yang boleh mengundang bahaya terhadap diri serta pengguna jalan raya lain. Golongan terbabit juga perlu dididik mengenai risiko yang boleh berlaku sekiranya mereka tidak mematuhi segala nasihat dan undang-undang berkaitan keselamata­n di jalan raya.

Dr Muzaffar Syah Mallow,

Pensyarah Kanan,

Fakulti Syariah & Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia