Berita Harian

Pliskova sasar Grand Slam

-

Doha: Finalis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Karolina Pliskova berkata menjadi impiannya untuk merangkul gelaran Grand Slam selepas dia melonjakka­n reputasiny­a dengan menjuarai Terbuka Qatar, semalam.

Bintang nombor tiga dunia itu yang tewas kepada Angelique Kerber pada final Terbuka AS tahun lalu, mengesahka­n potensi dimilikiny­a dengan meraih dua gelaran WTA tahun ini.

Pemain 23 tahun yang memiliki pukulan padu itu berkata, sasarannya selepas ini ialah mencipta kejayaan di Wimbledon dan Terbuka AS.

Ketika ditanya sejurus kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Caroline Wozniacki di Doha, adakah misi seterusnya ialah menjadi pemain nombor satu dunia, Pliskova membalas bukan itu sasarannya.

Sasaran lain

“Saya mempunyai sasaran lain daripada menjadi pemain nombor satu dunia,” katanya. “Ia adalah memenangi Grand Slam. Saya pernah mara ke final, jadi kini langkah seterusnya untuk saya adalah memenangin­ya.”

Malah, Pliskova merasakan dengan kemampuan baiknya beraksi di atas gelanggang keras, tidak mustahil dia mencipta kejutan itu di atas permukaan keras atau Wimbledon.

“Saya fikir daripada empat gelaran Grand Slam, peluang saya lebih cerah di Wimbledon. Ia jelas sekali kerana corak permainan saya,” katanya yang kini mendapat tunjuk ajar David Kotyza yang pernah menjadi jurulatih pemenang dua gelaran Wimbledon, Petra Kvitova.

“Kemudian sudah pasti Terbuka AS, ia akan menjadi begitu sukar, saya perlu mempertaha­nkan banyak perkara di sana.”

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Pliskova bersama trofi selepas menjuarai Terbuka Qatar, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Pliskova bersama trofi selepas menjuarai Terbuka Qatar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia